Pondok Rehat Pantai Kerteh Dipenuhi Sisa Makanan Undang Kecaman – “Makan Sedap, Sampah Tinggal”

Dah habis makan tu buanglah, tak faham sikap orang macam ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @zackzakijf (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung yang meninggalkan sampah dan sisa makanan di kawasan awam terus mengundang rasa kecewa dalam kalangan masyarakat

Baru-baru ini, sebuah video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok menunjukkan sebuah pondok rehat di Pantai Kerteh, Terengganu dipenuhi dengan sisa makanan dan bungkusan makanan segera yang ditinggalkan di atas meja selepas digunakan.

Menurutnya, keadaan tersebut amat mengecewakan memandangkan tong sampah berada tidak jauh dari lokasi berkenaan. Dia kemudiannya mengambil inisiatif mengutip dan membersihkan sampah yang ditinggalkan sebelum memasukkannya ke dalam plastik sampah.

"Resit 28 Mei pukul 7.41 malam, makan ayam sedap. Apa yang menyedihkan makan tinggal kat sini, atas meja bergelimpangan. Kalau tengok tong sampah tak jauh sangat.

"Tapi itulah, masyarakat kita yang mungkin kurang dari segi kesedaran sivil dan harapkan orang lain kemas. Sama-samalah kita mengambil iktibar dan tak sepatutnya berlaku,"
katanya.

Perkongsian itu pantas menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan individu terbabit

Ramai turut meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir masyarakat yang masih memandang ringan soal kebersihan di tempat awam.

Dalam masa sama, netizen memuji tindakan lelaki tersebut yang tampil membersihkan kawasan tersebut serta berharap masyarakat lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan demi keselesaan bersama.

Lihat video di bawah:

@zackzakijf

Kesedaran sivik tentang menjaga kebersihan adalah sikap bertanggungjawab masyarakat dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih, sihat dan selesa demi kesejahteraan bersama. Ia merangkumi amalan seperti membuang sampah di tempat yang betul, menjaga kebersihan kawasan awam serta memupuk rasa prihatin terhadap alam sekitar. #gpi #gengplastikija #bersih #pantai

♬ original sound – zaki jf – zaki jf

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via