seismik

Gaya Jalan Macam Tengah 'Catwalk', Video TikTok Pak Guard Kacak Ini Raih Perhatian Ramai

Macam model pun ada ya.

Cover image via @mambross (TikTok)

Kita sering melihat kebiasaannya tugas sebagai pengawal keselamatan banyak dimonopoli oleh warga asing

Hal ini kerana pekerjaan tersebut akan mengakibatkan risiko yang tinggi. Disebabkan itu pekerjaan ini dapat dilihat dengan ramai pekerja asing berbanding warga tempatan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang pemuda tempatan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tetap nampak kacak dan segak walaupun kerja pengawal keselamatan

Menerusi video tersebut, difahamkan pemuda berusia 20 tahun itu tidak kisah memilih untuk menjadi seorang pengawal keselamatan dalam usia yang muda.

Walaupun ramai yang menganggap pekerjaan sebagai pengawal keselamatan berisiko tinggi dan tidak memerlukan penampilan yang terlalu kemas, namun pemuda itu membuktikan di sebaliknya.

Dia malah telah mencuri tumpuan ramai di TikTok dengan penampilan yang begitu kemas dan kacak walaupun bekerja hanya sebagai pengawal keselamatan.

Lihat video penuh lain pemuda itu di bawah:

"Kalau guard macam ni, hari hari aku nak lalu situ" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat personaliti yang dibawakan oleh pemuda berkenaan. Malah, ramai juga yang memuji ketampanannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 109.6K likes, 2,558 comments dan 3,156 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa cakap jadi guard tak boleh handsome, tengok ni semua cair :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: