seismik

Gelagat Jep Sepahtu Terminum Listerine Yang Disangka Air 100PLUS Ini Buat Ramai Terhibur

Buat hal betul la Jep ni!

Cover image via ichanurintashah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika sedang berborak dengan rakan, sudah tentu kita akan khusyuk mendengar mereka bercerita bukan?

Baru-baru ini, tular sebuah video live di TikTok memaparkan Jep Sepahtu atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin, 38, terminum botol Listerine ketika leka mendengar rakannya bercerita.

Jep yang hanya memakai tuala putih terus berlari ke tandas dengan segera selepas menyedari bahawa apa yang diminum olehnya itu ternyata bukan minuman dan hanyalah cecair pencuci mulut.

“Aku terminum listerine. Aku tersalah botol. Aku ingatkan 100 plus. Sakit dada aku. Terasa pedas sampai sini,” katanya.

"Tu la masa minum tak tengok langsung botolnya. Adeh" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, sehingga kini ia telah meraih 83.6K views, 3,368 likes dan 54 comments di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut adalah antara komen-komen netizen:

Lihat video penuh di bawah:

Tengah sakit pun boleh jadi kelakar, kalau dah nama pun pelawak kan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: