seismik

Kafe Personaliti Terkenal Ini Hidangkan Nasi Bajet 'Power' Serendah RM6. Sedap Dan Murah!

Siap dengan air percuma lagi. ;)

Cover image via Instagram @nsuhana | Zul Yahya Steamboat & BBQ

Sedang mencari tempat makan sedap yang budget-friendly?

Image via Giphy

Jom ramai-ramai ke kafe popular di Denai Alam ni! Kafe yang diusahakan oleh personaliti terkenal Zul Yahya ini mula viral apabila ramai yang mendapat tahu set nasi bajet di sini dijual dengan harga RM6 saja.

Set nasi tersebut dihidangkan lengkap dengan nasi putih, ayam goreng berempah, gulai kaki ayam, sambal berapi dan jelatah

Siap dengan air sirap Sunquick percuma lagi!

Harganya yang rendah ditambah pula dengan portion besar yang dihidangkan ternyata menambat hati para pengunjung. Memang berbaloi!

Image via Nor Qiela

Selain nasi bajet, kafe ini juga menjadi pilihan ramai untuk menikmati steamboat bersama keluarga dan rakan-rakan

Ingin berkunjung ke Kafe Zul Yahya Steamboat & BBQ? Dapatkan info lokasi di sini:

Alamat: 22, E-Boulevard, Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam

Waktu Operasi:
Nasi bajet: 11 pagi - 6 petang (setiap hari)
Umum: 11 pagi - 12 tengah malam (setiap hari)

No. Telefon: +6013 503 0075

Maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Dapatkan banyak lagi idea makanan sedap dan murah di sini:

You may be interested in: