seismik

Gobind Singh: "Jalur Lebar Dua Kali Lebih Pantas Pada Separuh Harga"

"Double the speed, half the price", katanya.

Cover image via The Vocket

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) baru, Gobind Singh Deo berkata beliau akan berusaha ke arah mencapai sambungan jalur lebar dengan “dua kali ganda kepantasan, setengah harga” untuk rakyat

Beliau berkata ramai orang telah mengadu tentang kualiti jalur lebar di Malaysia, yang jauh lebih rendah daripada negara maju lain.

Gobind, yang memulakan hari pertamanya semalam, 22 Mei, berkata beliau akan melihat pelbagai aspek termasuk masalah yang dihadapi oleh syarikat telekomunikasi di samping mencari penyelesaian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negara ini. 

Image via Astro Gempak

"Sekiranya kita melihat jalur lebar di negara-negara lain, perkhidmatan yang disediakan jauh berbeza dari apa yang kita ada (Malaysia), jadi tidak ada alasan mengapa kita tidak boleh mencontohi sistem lain dari luar negara. Ini satu perkara yang saya akan cuba lakukan, juga sebahagian daripada pelan 100 hari (Pakatan Harapan)," tambahnya lagi.

Ahli Parlimen Puchong itu juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan syarikat telekomunikasi untuk membincangkan perihal ini.

Pada masa yang sama, Gobind berkata beliau juga komited untuk memastikan kebebasan akhbar atau kebebasan media, termasuk kritikan terhadap kerajaan

Beliau berkata laporan berita yang tepat dan tanpa bias mampu membentuk minda rakyat dengan lebih baik sekali gus memimpin Malaysia ke arah menjadi negara maju.

"Dalam PH, kami menyokong dalam menegakkan prinsip kebebasan untuk semua pihak, dan aspek penting dalam hal ini adalah media," katanya.

Gobind berkata warga Malaysia juga sudah cukup matang untuk menyaksikan perdebatan di televisyen untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai isu-isu semasa.

Menurut beliau, "Sekiranya kita ingin mengadakan perbahasan, saya tidak rasa akan ada masalah dengan itu. Kita sebenarnya berbahas (antara satu sama lain) setiap hari, walaupun di kedai kopi."

Image via Live at PC

Menteri KKMM itu mengalu-alukan kritikan terhadap kerajaan PH oleh pihak Pembangkang di Parlimen.

"Saya harap mereka diberi peluang penuh untuk berdebat di Parlimen dan membangkitkan isu-isu yang dekat dengan hati rakyat, mengkritik kerajaan, jika perlu.

"Kita tidak sepatutnya mempunyai seorang 'Speaker' yang menyekat pembangkang dari membangkitkan isu-isu semasa, dan inilah perbezaan ketara di antara kami dengan kerajaan terdahulu," akhiri beliau.

Gobind Singh Deo juga merupakan Menteri Persekutuan berbangsa Sikh pertama dalam sejarah Malaysia!

Gobind bersama Menteri-Menteri lain.

Image via New Straits Times

Ahli Parlimen Puchong itu telah mengangkat sumpah secara rasmi sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 21 Mei lalu, bersama-sama 12 anggota Kabinet teras lain di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang beliau:

1. Beliau merupakan anak kedua mendiang Pemimpin DAP dan peguam legenda Karpal Singh atau pernah digelar Harimau Jelutong

Dari kiri: Gobind, kakak Sangeet Kaur, adik-adik lelaki Ramkarpal dan Mankarpal, ibu Gurmit, abang Jagdeep, bersama mendiang Karpal Singh.

Image via chenjinchao07

Daripada lima anak-anak Karpal Singh, empat daripada mereka terlibat dalam politik.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), abang Gobind, Jagdeep Singh Deo memenangi kerusi ADUN Pulau Pinang untuk Datuk Keramat buat kali ketiga manakala adiknya, Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang sebelum ini dipegang oleh bapa mereka.

Sementara itu, menurut The Star, kakaknya, Sangeet Kaur berkhidmat sebagai setiausaha antarabangsa Wanita DAP dan Timbalan Pengerusi Wanita DAP Selangor.

2. Beliau merupakan pengamal undang-undang sejak 1996, dan terus berbuat demikian walaupun dilantik menjadi Ahli Parlimen Puchong pada tahun 2008

Dari kiri: Gobind Singh, Jagdeep Singh, Karpal Singh, dan Zainul Zakaria pada tahun 1999.

Image via Leo Chan / AFP

Gobind memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of Warwick di UK dan juga dimasukkan ke Persatuan Kehormat Lincoln's Inn sebagai Barrister-at-Law.

Setahun selepas beliau kembali ke Malaysia, beliau telah diterima masuk ke Malaysian Bar pada tahun 1996, berkhidmat di firma guaman mendiang bapanya, Karpal Singh iaitu Messrs Karpal Singh and Co. sehingga tahun 2006.

Pada tahun yang sama, beliau menubuhkan firma sendiri Messrs Gobind Singh and Co. di Kuala Lumpur, yang masih terus berjalan hingga ke hari ini.

3. Dipilih sebagai Ahli Parlimen Puchong pada tahun 2008, Gobind digelar Harimau Kecil Puchong

Dikatakan bahawa Gobind memaparkan perangai yang mirip mendiang bapanya, seperti pernah dibuang dari sidang Parlimen.

Menurut laporan 2010 oleh The Star, beliau pernah ditendang keluar dari Parlimen tiga kali dalam masa dua tahun (dari November 2008 hingga November 2010).

Pada tahun 2015, Gobind mendapati dirinya ditolak dari Parlimen selepas mempersoalkan keputusan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menolak usul Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng untuk membahaskan kenaikan harga tol.

4. Beliau pernah digantung dari Parlimen selama 12 bulan kerana memanggil Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai "pembunuh"

Image via Alchetron

Pada 16 Mac 2009, selain digantung dari Dewan Rakyat, Gobind juga dilucutkan gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen selama 12 bulan selepas mendakwa DS Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya Sharibuu semasa perbahasan Parlimen.

Walau bagaimanapun, Parlimen kemudiannya diperintahkan untuk membayar Gobind apa yang terhutang kepadanya selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kerajaan persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk menahan pembayaran gaji dan elaunnya sebagai Ahli Parlimen.

5. Mematuhi hasrat bapanya, Gobind mewakili secara pro bono keluarga Teoh Beng Hock dalam saman kecuaian mereka terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

keluarga mendiang Teoh Beng Hock

Image via Free Malaysia Today

Teoh, seorang wartawan dan pembantu politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009, lebih dua minggu selepas dia ditahan dalam jagaan SPRM untuk mempersoalkan dakwaan rasuah pada 1 Julai 2009.

Gobind mengambil kes itu bagi pihak Biro Perundangan Kebangsaan DAP. Selepas pertarungan undang-undang selama enam tahun, SPRM akhirnya mengakui kelalaian mereka dan bersetuju untuk membayar pampasan RM600,000 kepada keluarga Teoh dan RM60,000 dalam kos undang-undang.

6. Pada 2012, Gobind telah menyelamatkan seorang wanita Singapura dari hukuman mati selepas dia ditangkap mempunyai dadah jenis heroin dan ubat lain dalam begnya di KLIA

Noor Atiqah (kiri) dan anak perempuannya.

Image via Second Chances

Menurut Straits Times, Noor Atiqah, seorang ibu tunggal yang berusia 26 tahun, didakwa melakukan pengedaran dadah dan dihukum mati selepas ditangkap dengan anggaran 370g heroin dan dadah lain dalam begnya di KLIA pada 5 Jan 2009.

Tuduhan itu kemudian dikurangkan kepada pemilikan dadah selepas Gobind mengeluarkan bukti baru untuk menyokong tuntutannya bahawa dia tidak menyedari apa yang ada di dalam beg itu. Dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.

7. Baru-baru ini, Gobind mewakili Rafizi Ramli dan Lim Guan Eng dalam perbicaraan masing-masing

Image via Sinar Harian

Gobind berkhidmat sebagai peguam bela Rafizi Ramli apabila Ahli Parlimen Pandan itu didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana membocorkan laporan audit 1MDB pada 2017, dan sekali lagi pada Februari tahun ini apabila beliau didakwa kerana menuduh Tabung Haji dalam blognya.

Gobind pernah menjadi penasihat utama dalam perbicaraan rasuah Menteri Kewangan semasa Lim Guan Eng sebelum ia diambil alih oleh adiknya, Ramkarpal.

8. Selain menjadi menteri Sikh pertama di Malaysia, Gobind juga diiktiraf sebagai menteri Sikh pertama di Asia di luar India serta di negara Islam

Image via Bernama

Menurut portal berita Asia Samachar, satu-satunya negara lain yang mempunyai seorang Sikh sebagai menteri di peringkat nasional adalah di India dan Kanada.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tengok sini gambar hari pertama Menteri-Menteri baru kita masuk pejabat semalam!

Lagi artikel-artikel menarik di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: