Hanya 73,000 Daripada Sasaran 400,000 Murid 6 Tahun Daftar Darjah 1 Untuk Sesi 2027 – KPM

Penetapan kemasukan awal ini adalah secara sukarela dan akan memerlukan saringan diagnostik.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh mendedahkan pendaftaran murid enam tahun bagi sesi Tahun 1 2027 hanya mencatat 73,386 permohonan berbanding unjuran asal 400,000 orang

Menerusi laporan Free Malaysia Today, setakat ini jumlah keseluruhan permohonan pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2027 adalah seramai 478,419 orang, merangkumi gabungan 73,386 murid kohort enam tahun dan 405,033 murid kohort tujuh tahun.

"Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan enrolmen sebanyak 12.07% berbanding pengajian Tahun 1 bagi sesi 2026," katanya.

Berdasarkan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 yang dibentangkan pada 20 Januari lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, manakala Tahun 1 akan bermula pada usia enam tahun mulai tahun depan.

Penetapan kemasukan awal ini adalah secara sukarela dan akan memerlukan saringan diagnostik bagi menentukan kesediaan murid untuk persekolahan formal.

SAYS.com

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh

Image via Bernama

Kementerian terpaksa mengecilkan strategi pengambilan guru

Menurut Wong, strategi pengambilan guru terpaksa dikecilkan dengan hanya menyasarkan 3,150 guru secara kontrak perkhidmatan (COS) tahun depan, berbanding unjuran asal keperluan sehingga 20,000 orang guru.

"Mengambil kira status semasa pendaftaran kohort enam tahun yang rendah ini, KPM menyelaraskan keperluan semasa dengan membuat pengambilan 3,150 guru COS bagi menampung keperluan segera di sekolah rendah.

"Pengambilan khas ini bagaimanapun tidak akan menggantikan laluan profesional keguruan yang tetap menjadi pelan utama perancangan guru KPM," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: