Ulama Saudi Keluarkan Fatwa Haram 'Selfie' Dengan Kucing. Apakah?
Wallahu’alam.
Haram selfie dengan kucing. Pernahkah anda terfikir akan ada fatwa seperti ini?
Inilah fatwa haram yang dikeluarkan oleh seorang ulama kanan Arab Saudi. Seseorang individu itu diharamkan merakam gambar diri sendiri atau selfie dengan kucing, lapor agensi berita tempatan AhlulBayt News Agency.
Hukum terbaru itu dibuat oleh Sheikh Saleh Abdullah al-Fawzan, berdasarkan kaedah fahaman Wahabi yang digunakan secara luas di negara rantau Asia Barat tersebut sejak sekian lama.
Hukum itu disebut menerusi satu program televisyen tempatan yang mana beliau memberitahu hukum selfie dengan haiwan termasuklah haiwan peliharaan seperti kucing adalah sebenarnya haram
Menurut beliau, isunya bukan mengenai kucing semata-mata. Merakamkan gambar itu sendiri adalah dilarang di sisi agama jika bukan keperluan mustahak.
Kenyataan itu dikeluarkan setelah seorang penonton lelaki yang bertanya mengenai trend baru masyarakat Barat gemar selfie dengan kucing mereka dari sudut hukum agama.
Penonton: Trend terbaru mengambil gambar bersama kucing telah tersebar dalam kalangan mereka yang ingin menjadi seperti orang-orang Barat.
Sheikh Saleh Abdullah: Apa?
Penonton: Trend terbaru mengambil gambar bersama kucing...
Sheikh Saleh Abdullah: Dengan apa?
Penonton: Dengan kucing.
Sheikh Saleh Abdullah: Apa yang kamu maksudkan mengambil gambar dengan kucing? Mengambil gambar itu haram. Mengambil gambar itu haram jika ia tidak mustahak. Bukan sahaja kucing, malah anjing, serigala, dan apa-apa haiwan sekalipun.
Video soal jawab itu telah dipetik semula oleh portal web berita Middle East Media Research Institute (MEMRI) dan telah disebarkan meluas di laman YouTube
Bagaimanapun, sebahagian ulama tempatan menjelaskan rasional fatwa haram tersebut lebih kepada kebimbangan pengaruh negatif budaya Barat yang mungkin tidak sesuai dengan ajaran Islam dan mungkin memesongkan akidah.
Pada 2014, ulama itu pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa bahawa matahari sebenarnya yang berputar mengelilingi planet bumi
Selain itu, Sheikh Mohammed Saleh al-Munajjid juga mengingatkan rakyat Arab Saudi mengenai larangan pembuatan orang salji yang ditetapkan pemerintah sejak beberapa tahun lalu sempena musim sejuk.
Menurutnya, hukum membuat orang salji atau patung menyerupai bentuk rupa binatang hidup daripada salji sama dengan hukum haram membuat gambar manusia yang menurutnya tidak dibenarkan ajaran agama Islam.
Malah beliau juga ada mengeluarkan fatwa haram bermain catur dalam kalangan kerabat diraja kerana dianggap membuang masa dan wang serta menyebabkan permusuhan sesama pemain.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!