Hidup Enjoy Tapi Savings Banyak, Ini Rahsia Simpan Duit Yang Perlu Anda Tahu
Lagi banyak anda simpan, lagi banyak reward anda dapat!
Kini, ramai kita lihat mempunyai gaya hidup yang luar biasa, semuanya memang nampak fun, best dan sangat inspiring
Tetapi jangan pula kita menghabiskan duit dengan tidak mengukur baju di badan sendiri. Kadangkala, kita tengok ramai yang menghabiskan wang mereka terhadap barang kehendak daripada keperluan. Ada yang boleh melancong setiap bulan, membeli-belah dan makan di restoran mahal dengan kerap bukan?
Bukan nak kata tak boleh berbuat demikian, boleh! Cuma, pastikan anda ada duit simpanan supaya anda tidak terjerumus dalam masalah yang tidak diingini. Sentiasa pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan anda. Dah seronok berbelanja, jangan lupa simpan duit pula ya. Make sure anda simpan duit dan boleh dapat ganjaran yang banyak, barulah syok!
Tidak dinafikan, menyimpan duit memang susah pada awalnya tetapi jangan risau, ini rahsianya!
Tetapi, duit simpanan anda juga penting untuk dijadikan sebagai tabung kecemasan sekiranya apa-apa berlaku. Nak tahu tentang rahsia simpan duit secara berkesan? Jom!
1. Transfer duit simpanan secara automatik
- Dengan tetapan automatik, anda tidak akan terlupa menyimpan duit setiap bulan. Wang akan terus ditolak daripada akaun bank anda ke mana-mana medium simpanan anda. Memang, pada awalnya anda akan rasa terpaksa, tetapi percayalah manfaatnya anda akan nampak pada kemudian hari.
2. Pisahkan Akaun Simpanan dengan Akaun Penggunaan
- Pastikan anda asingkan kedua-dua jenis akaun ni supaya duit yang disimpan untuk tujuan tabungan tidak digunakan. Nak lagi secure, buka akaun simpanan atau pelaburan yang tidak mempunyai kad akses pengeluaran ATM.
3. Gunakan formula
- Untuk menggalakkan diri lebih disiplin, anda boleh gunakan tips ini. Anda boleh gunakan formula 50:30:20 iaitu komitmen: lain-lain: simpanan berdasarkan gaji bersih anda. Dengan cara ini, anda tidak akan overspend.
Kalau nak lagi senang dan dapatkan ganjaran yang lebih, anda boleh menyimpan di Bank Mualamat!
Inilah masanya untuk anda buat Akaun Simpanan di hujung jari je! Hanya klik dan simpan je. Mudah bukan? Bukan setakat itu, anda juga dapat menikmati ganjaran yang lumayan tau!
Melalui kempen Super Saver, Superb Prizes banyak ganjaran bakal menanti anda. Lagi banyak simpan, lagi banyak peluang untuk menang!
Kempen ini bermula pada 1 Ogos 2022 hingga 31 Januari 2023. Tiada akaun bank Muamalat? Jangan risau, terbuka kepada semua! Nak tahu cara nak dapat ganjaran?
Langkah 1: Imbas kod QR Muamalat Application Platform dan pilih menu deposit
Langkah 2: Tekan menu e-KYC dan daftar akaun baharu
Langkah 3: Pindahkan wang ke dalam akaun baharu
Tunggu apa lagi? Jom simpan sekarang, mana tahu anda bertuah untuk menang ganjaran. Jom ketahui lebih lanjut di sini.
Jangan lepaskan peluang ini, mungkin andalah antara orang yang bertuah. Jom buka akaun dan save di Bank Muamalat!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!