seismik

Hisap Ganja Dulu Sebelum 'Study' Agar Mudah Faham, 10 Penuntut IPTS Ditahan Di Shah Alam

Penuntut berusia dalam lingkungan 19 tahun hingga 23 tahun.

Cover image via Harian Metro

Seramai 10 penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dicekup dalam satu serbuan Op Cegah oleh penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Petaling Jaya, di sebuah pangsapuri di Shah Alam, Isnin lalu

Image via Harian Metro

Dalam serbuan jam 2 pagi itu, sekumpulan pelajar itu ditahan kerana sedang mengambil ganja yang kononnya ia adalah 'perlu' sebelum memulakan ulang kaji pelajaran secara berkumpulan untuk mudah faham dan mengingati apa yang dipelajari.

Menurut pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling Shahrilnizar Nordin, ketika serbuan pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan tidak memberikan kerjasama apabila mengunci tayar kenderaan dinaiki AADK.

Namun, serbuan tetap dibuat dan mendapati 10 penuntut terbabit dalam keadaan lalok di sebuah unit pangsapuri dipercayai disewa mereka

“Pemeriksaan ke atas semua individu berusia 19 tahun hingga 23 tahun itu mendapati mereka positif ganja. Turut ditemui peralatan menghisap dadah dan ganja.

“Mereka yang melanjutkan pengajian pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda memberi alasan perlu menghisap ganja sebelum belajar secara berkumpulan,” katanya.

hmetro.com.my

Gambar sekadar hiasan.

Image via chindyarlynshaa.blogspot.m

Kesemua penuntut itu dibawa ke pejabat AADK Petaling untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, lapan individu berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun ditahan di Damansara Perdana kerana positif dadah.

Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes dadah sebelum ini:

You may be interested in: