Hospital Jengka Terbakar, 21 Pesakit Termasuk 11 Kanak-Kanak Selamat Dipindahkan
Alhamdulillah, tiada kecederaan dilaporkan.
Cover image via @jamilmahfud_official (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seramai 21 pesakit di Hospital Jengka, Pahang terpaksa dipindahkan ke dua hospital berhampiran selepas berlaku kebakaran di bahagian siling wad pediatrik, kira-kira jam 7 malam semalam
Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKN Pahang) dalam satu kenyataan memaklumkan, kebakaran berkenaan hanya membabitkan wad pediatrik dan berjaya dipadamkan oleh pihak bomba sebelum merebak ke kawasan lain.
Tiada pesakit atau waris yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
Menurut JKN Pahang, pemindahan dilakukan bagi memastikan keselamatan pesakit selain keperluan perubatan mereka terus dipenuhi.

"Ketika kebakaran berlaku, terdapat 11 kanak-kanak yang ditemani oleh 11 ahli keluarga, serta 10 pesakit wanita. Jabatan kesihatan sudah memindahkan 10 pesakit wanita dan tiga kanak-kanak ke Hospital Jerantut, manakala lapan kanak-kanak dibawa ke Hoshas bagi memastikan keperluan perubatan mereka dipenuhi," katanya.
Kesemua pesakit yang terjejas dipindahkan ke Hospital Jerantut dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh
JKN Pahang turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan penjagaan kesihatan di Hospital Jengka masih berjalan seperti biasa dan tidak mengalami gangguan susulan kejadian tersebut.
Difahamkan, pesakit wanita dewasa sebelum ini ditempatkan sementara di wad pediatrik berikutan kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan di wad wanita Hospital Jengka.


Sebelum ini, media melaporkan kebakaran berkenaan menyebabkan 17 pesakit yang ditempatkan di wad pediatrik dan wanita terpaksa dipindahkan selepas bahagian siling wad mengalami kerosakan.
Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian bumbung wad, manakala punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa berkaitan.
Lihat perkongsian di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


