seismik

[GAMBAR] Masbro Village: Homestay Warna-Warni Jadi Kebanggaan Orang Melaka

Jika anda datang ke bandar bersejarah, jangan lupa singgah di rumah inap yang unik ini.

Cover image via twitter.com

Jika anda sedang mencari penginapan ketika berada di Melaka tapi mahukan suasana yang luar biasa dan berpatutan, Masbro Village mungkin tempat yang anda cari-cari

Image via Masbro Village

Masbro Village terletak di Paya Rumput, Melaka, kira kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya bersejarah itu. Hotel ini menampilkan gaya butik yang ceria, cantik dan mempersonakan.

Hotel ini baru sahaja dirasmikan pada 2 Jun yang lalu oleh YB Datuk Haji Sazali bin Muhd Din, ADUN Kawasan Paya Rumput.

Menurut Mazlan Abdul Rahman, pengurus rumah inap ini, Masbro Village adalah sebuah perniagaan keluarga, dan nama Masbro adalah gabungan nama adik-beradik pemilik.

Dan bila ditanyakan tentang inspirasi rumah inap ini yang dikatakan mirip Brighton Beach, di Australia, menurut Mazlan, mereka tidak mengambil idea dari Australia sebaliknya ia adalah gabungan idea bersama.

Image via fbcdn.net

Bahagian luar Masbro Village yang berwarna-warni, senibina rumah inap yang unik dan landskap yang kemas ini membuatkan pelanggan terasa seperti berada di luar negara

Bahagian dalamnya pula cukup luas untuk membawa bersama keluarga untuk bercuti dan menenangkan fikiran

Harga untuk penginapan semalam di sini juga berpatutan

Image via safurara.com

Harga penginapan di Masbro Village adalah RM250 untuk semalam (harga promosi). Rumah inap ini menyediakan kemudahan seperti ketuhar, peti ais, katil di kedua-dua tingkat, penghawa dingin dan bilik mandi yang dilengkapi dengan pemanas air.


Sebuah rumah inap di Masbro Village boleh menempatkan seramai enam orang. Tak perlu risau tentang perut anak isteri yang lapar, kerana Tesco Cheng Stadium Hang Jebat terletak berdekatan, hanya 5 minit berjalan kaki.


Kedudukannya pula tidaklah begitu jauh dari kawasan pelancongan. Tanjung Bidara cuma 12 kilometer, manakala Air Keroh pula 6 kilometer. Pelanggan juga tidak perlu risaukan tentang keselamatan, kerana kawasan ini berpagar.

Image via safurara.com

Jika anda berminat untuk menginap di Masbro Village, kami cadangkan anda untuk buat tempahan lebih awal

Dengarnya, memang hot tempat ni, sehingga tiada kekosongan semasa hari raya nanti.

Syabas kami ucapkan kepada pemilik dan team Masbro Village. Layari Facebook mereka untuk info lebih lanjut.

Nak ambil gambar hipster di hadapan Masbro Village? Apa kata ikuti tips ini:

Dan jika anda berada di Melaka, apa kata cuba 14 perkara yang menarik ini:

You may be interested in: