seismik

Gambar Zoom Tak Nampak Apa-Apa? Ikuti 10 Tips Ini Untuk Ambil Gambar 'Wow' Guna Smartphone

Teknologi pada telefon pintar memang 'life changing'!

Cover image via Huawei Mobile

Bergambar sekarang tak susah macam dulu

Kalau dulu lepas ambil gambar je kena tunggu pergi cuci gambar dekat kedai baru la dapat tengok gambar tu cantik ke tak. Saiz kamera pun jangan cakaplah, besar-besar semua. Nak simpan punyalah susah. Silap hari bulan siap terjatuh lagi!

Image via wikihow.com

Perkembangan dunia telefon pintar menyebabkan kamera jenis DSLR bukan lagi medium utama untuk ambil gambar cantik. Korang serbu la mana-mana instagram yang gambar cantik-cantik tu, admin confirm majoriti gambar yang dimuat naik adalah dari smartphone.

Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular ialah lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas shot, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Image via huawei.com

So, kali ni admin nak share dengan korang tips macam mana nak ambil gambar cun dengan smartphone:

1. Bersihkan lens

Image via 9to5google.com

Okay guys, benda ni nampak remeh tapi sebenarnya penting! Basically smartphone memang tak ada lens cap macam kamera biasa atau DSLR. Jadi sebelum korang ambil gambar, elok la rajin-rajinkan tangan tu lap lens kamera dengan kain bersih dulu. Kain bersih ya! Kalau tak lap admin boleh agak gambar korang akan blur disebabkan kotoran minyak dan kesan cap jari korang.

2. Jangan zoom

Image via giphy

Ni pantang larang penting waktu ambil gambar guna smartphone. Kalau kamera fon korang jenis ada satu kamera je, elakkan la guna digital zoom. Maaf terpaksa jujur, serius buruk gambar kalau guna digital zoom, lainlah smartphone korang tu ada banyak kamera. Tips! Kalau korang nak besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop guna photoshop atau mana-mana image editing applications.

3. No Flash, please!

Image via pinimg.com

Canggih betul kan smartphone ada flash. Tapi korang jangan la seronok sangat kalau smartphone korang ada flash sebab belum tentu boleh diharap untuk dapatkan gambar cantik. Sebenarnya lebih banyak mencacatkan dari mencantikkan tau Opsss. Tak percaya korang cuba la guna. Nanti ada gambar korang siap ada pakej mata merah-merah dan muka berminyak.

Melainkan korang tahu macam mana nak ‘diffuse’ atau ‘bounce’ cahaya daripada flash. Admin sarankan korang cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.

4. Gegaran

Image via denofgeek.com

Again, smartphone tak macam kamera atau DSLR, telefon pintar biasanya tak ada stabilizer kecuali yang high end modelSo, normally gambar sangat mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tak underexposed.

5. Settings

Image via wp.com

Kalau bab settings ni macam mana pun kena belajar slow-slow. Admin sarankan korang cuba mahirkan dengan settings kamera pada smartphone korang. Sesetengah model membolehkan korang mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.

6. Apps

Image via vox-cdn.com

Ini bonus! Sebenarnya ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tapi korang tak perlu la nak install semua, cari yang sesuai ikut gaya fotografi korang je.

Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera, dan Fish Eye.

7. Aksesori tambahan

Image via fstoppers.com

Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya korang boleh beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.

8. Segalanya komposisi

Image via j-k.lt

Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smartphone yang korang pakai. Cuba tengok contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang diorang guna. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan meniru.

ta9. Edit boleh, tapi jangan over!

Image via pinimg.com

Sangat mudah nak edit gambar dengan smartphone. Kalau dulu kena transfer gambar dari kamera dan edit dalam komputer, sekarang lepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter yang ada.

Kebanyakan apps macam Instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi korang yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Lightroom menjadi pilihan.

Satu je nak pesan bila buat editing kat smartphone, JANGAN OVER. Boleh seksa jiwa kami yang melihat. Buat ala kadar, sesedap rasa. Boleh?

10. Huawei bakal bongkar rahsia gambar ‘Wow’ pada 26 Mac 2019 ini!

Guys! Admin berdebar sebenarnya dapat berita ni. Kalau sebelum ni smartphone HUAWEI P20 Pro dan HUAWEI Mate 20 Pro dilengkapi dengan 3 kamera! Tu pun dah terlebih canggih untuk admin tau. Kali ni admin nak tanya korang pernah tengok tak smartphone dilengkapi dengan 4 kamera pulak? Kalau betul-betul smartphone ni wujud, korang yang gilakan fotografi ni rasa nak beli satu tak?

Kalau korang tanya admin la kan, the answer is YES!

Serius kalau smartphone dengan 4 kamera ni benar-benar ada, mesti senang gila nak ambil gambar. Paling penting, korang boleh je nak skip mana-mana tips kat atas tadi. Tak payah susah susah pun nak follow satu-satu. Snap je gambar, terus dapat yang berkualiti dan sangat cantik. Gambar jauh mana pun tak ada hal lah!

Situasi paling best, kalau ada smartphone 4 kamera tu, contohnya kita pergi konsert, dapat seat hujung-hujung kat belakang. Confirm nak ambil gambar artis atas pentas tu memang failed, tak nampak apa lah.

Tapi kan, hari tu admin ternampak orang post beberapa gambar dekat konsert BLUE di Paris. Uishh… Memang sakit hati la kita tengok. Macam tak percaya pun ada. Tapi tu la, admin ada bukti!

Image via Huawei Mobile

Serius la, boleh zoom begitu jauh sampai macam tu sekali!

Image via Huawei Mobile

Dia punya mimik muka pun still nampak dengan jelas!

Image via Huawei Mobile

Korang tengok la dia punya Normal Shot jauh manaaa. Lepas tu boleh pulak zoom Super Close Shot sampai nampak rupa!

Apakah mungkin HUAWEI betul-betul akan bawakan HUAWEI P30 Pro dengan dilengkapi 4 kamera?

Kalau tekaan admin ni betul, ia akan menjadi smartphone pertama HUAWEI yang ada empat kamera.

Omg! I can’t wait for it! Jangan lupa, set date 26 Mac 2019 ni ya semua.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap tentang Huawei...