"Memang Banyak Cabaran" - Ibu Bapa Kongsi Cara Efektif Menabung Untuk Masa Depan Anak-Anak
Ibu bapa memang kena menabung sejak anak-anak kecil lagi.
Tidak dinafikan, ibu bapa yang memiliki anak-anak mesti mempunyai tanggungan kos tinggi
Memiliki anak sudah tentu akan meningkatkan lagi komitmen setiap bulan. Belanja bulanan juga akan bertambah dengan barang-barang keperluan anak seperti susu, pampers, makanan, duit belanja sekolah, alat tulis sekolah, yuran dan macam-macam lagi.
Mesti tertanya-tanya ada ke duit lebih saving untuk anak-anak? Tidak dinafikan memang susah untuk mengumpul duit, tetapi apa kata kita baca perkongsian daripada ibu bapa rakyat Malaysia tentang cara mereka menabung untuk anak-anak!
1. "Buka akaun bank dan menabung duit raya" - Imah, 57
Puan Imah mendidik anak-anaknya menabung sejak kecil lagi. Dia akan mendaftarkan akaun bank untuk anak-anaknya. Duit yang disimpan adalah hasil daripada anak-anak menabung menggunakan duit sekolah yang diberikan. Bukan setakat itu, mereka juga akan sertakan duit raya untuk dimasukkan ke dalam bank sekali.
"Memang mencabar lebih-lebih lagi anak-anak membesar dan masuk ke universiti dengan serentak, jadi saya dah didik mereka untuk menabung walaupun sikit. Kadangkala, ada juga saya dan suami bantu apa yang patut seperti yuran pengajian", katanya.
Puan Imah berumur 57 tahun dan mempunyai 4 orang anak berumur 25 tahun, 23 tahun, 22 tahun dan 19 tahun. Dia merupakan seorang peniaga dan menetap di Johor.
Nasihat: Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kalau ajar anak-anak menabung dari kecil. Mereka akan terbiasa dengan cara ini masa besar. Bila dah dewasa, mereka akan pandai bezakan mana keperluan dan kehendak.
2. "Buat tabung khas untuk anak-anak dan simpan ke dalam Tabung Haji" - Noormuhaizi, 46
"Memang sukar sedikit nak menyimpan duit untuk kesemua anak kerana mereka masih belajar, tapi kena paksa diri juga. Saya dan suami memang mengajar mereka menabung sejak kecil lagi", katanya.
Puan Noormuhaizi menyediakan dua tabung khas untuk anak-anak. Satu tabung untuk menabung duit syiling, satu lagi untuk duit kertas. Duit tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji.
Sebab itu, bila ada wang simpanan, ia akan membantu anak-anak dalam hal kewangan semasa menyambung pelajaran seperti membayar yuran pengajian, duit makan, duit peralatan buku dan sebagainya.
Puan Noormuhaizi merupakan seorang suri rumah dan sumber kewangan keluarga adalah dari pekerjaan suaminya. Mereka sekeluarga menetap di Shah Alam serta mempunyai 4 orang anak yang berumur 24 tahun, 19 tahun, 17 tahun dan 13 tahun.
Nasihat: Pupuk anak-anak untuk menabung daripada kecil. Dari situ mereka dah terlatih untuk berjimat cermat. Beritahu mereka tentang pentingnya untuk menabung demi masa depan mereka sendiri.
3. "Potongan dalam Simpan SSPN Plus setiap bulan" - Nurul Habibah, 37
"Dengan keadaan harga meningkat sekarang, memang susah untuk menabung. Harga barang keperluan harian semuanya meningkat. Jadi nak tak nak kita juga perlu allocate duit lebih untuk barang keperluan harian", katanya.
Sebab itu, Puan Habibah memilih untuk jalan senang dan mudah iaitu melalui potongan ke dalam akaun Simpan SSPN Plus setiap bulan. Ia telah menjadi satu komitmen apabila adanya anak-anak. Kata Puan Habibah, dengan potongan tetap ini dia sekeluarga tidak perlu lagi memikirkan tentang simpanan untuk anak-anak. Pelan yang diambil juga mempunyai perlindungan takaful, dividen yang kompetitif, pelepasan taksiran cukai serta banyak lagi keistimewaan dan manfaat yang boleh dinikmati.
Puan Habibah merupakan seorang guru yang mempunyai 4 orang anak. Kesemua anaknya berumur 12 tahun, 9 tahun, 7 tahun dan 3 tahun.
Nasihat: Menabunglah untuk anak walaupun bermula dari jumlah yang sikit tetapi konsisten setiap bulan dan menabunglah dengan bijak dengan memilih Simpan SSPN.
4. "Buka akaun Simpan SSPN untuk anak" - Akmal, 30
"Memang sukar untuk menabung lebih untuk anak-anak sekarang. Tambahan lagi, dengan harga barangan yang naik sejak akhir-akhir ini. Tetapi itu, bukan alasan untuk kita tidak menabung untuk mereka walaupun tidak banyak sikit pun jadi untuk masa depan mereka", katanya.
Encik Akmal membuat simpanan untuk anaknya melalui Simpan SSPN kerana dijamin kerajaan dan paling penting ada perlindungan takaful sekali. Kata Encik Akmal, kalau apa-apa terjadi pada dia atau meninggal dunia, anak-anaknya akan dapat manfaat takaful untuk masing-masing sambung belajar walaupun dia telah tiada.
Jelas Encik Akmal lagi, simpanan Simpan SSPN ini juga mempunyai dividen kompetitif dan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.00. Jadi, memang menarik perhatian dirinya untuk membuat simpanan ini.
Encik Akmal merupakan seorang Content Editor yang menetap di Shah Alam. Dia memiliki dua orang anak perempuan yang berumur 4 tahun dan 3 tahun.
Nasihat: Bukalah apa-apa akaun atau tabung untuk anak-anak seawal mereka usia 1 hari dan masih belum terlambat untuk anda melakukannya sekarang. Kerana adanya akaun atau tabung ini, kita sebagai ibu bapa akan lebih berdisiplin bagi menyimpan untuk masa depan mereka.
Nak senang dan secure, jom mula menabung dalam akaun Simpan SSPN!
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) merupakan satu skim simpanan yang direka khas bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi.
Simpan SSPN ada 2 produk simpanan iaitu :-
•
Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i)
•
Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus)
Banyak keistimewaan dan manfaat yang anda perolehi jika menabung melalui akaun Simpan SSPN, antaranya:
KEISTIMEWAAN SIMPAN SSPN PLUS
Dividen Kompetitif
Elaun Kemasukan Hospital
Tiada Pemeriksaan Kesihatan
Manfaat Takaful Penyakit Kritikal
Komitmen Serendah RM30 Sebulan
Layak Memohon Pinjaman PTPTN
Manfaat Perlindungan Sehingga RM1.2 Juta
Khairat Kematian (Pasangan & Anak)
Pelepasan Taksiran Cukai Dalam Tabungan Bersih
Simpanan Dijamin Kerajaan
KEISTIMEWAAN SIMPAN SSPN PRIME
Dividen Kompetitif
Simpanan Dijamin Kerajaan
Pelepasan Taksiran Cukai
Patuh Syariah
Perlindungan Takaful
Geran Sepadan
Layak Memohon Pinjaman PTPTN
Tunggu apa lagi? Jom buka akaun untuk kesenangan masa depan anak-anak!
Bukan setakat itu, PTPTN juga melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN 2022. Pelbagai aktiviti menarik khas menanti anda!
Bulan Menabung Simpan 2022 ini dibawakan khas sempena Sambutan Hari Tabungan Sedunia. Ia akan berlangsung mulai 1 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022 di seluruh negara.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sekeluarga tau, siap boleh menang hadiah dan tawaran menarik lagi. Apa yang lagi penting, anak-anak boleh join pelbagai aktiviti secara dalam talian yang masih lagi berlangsung untuk belajar lebih tentang menabung. Seronok betul!
Ketahui info lebih lanjut di sini.
Muat turun aplikasi PTPTN sekarang di App Store | Google Play | AppGallery.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!