ICT Zone Lancar Program SewaJe, Tawar Sewaan Komputer Riba Serendah RM50 Sebulan
Setiap unit komputer riba di bawah SewaJe menjalani pemeriksaan perkakasan ketat dan ujian diagnostik menyeluruh sebelum dihantar kepada pelanggan.
Cover image via SewaJeFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyedia penyelesaian Teknologi Pembiayaan (TechFin) dan ICT tersenarai di Pasaran ACE, ICT Zone Asia Berhad (ICT Zone), melangkah setapak lagi dengan memperluaskan operasi perniagaannya kepada pengguna runcit menerusi pelancaran SewaJe, sebuah program penyewaan komputer riba diperbaharui (refurbished) yang menawarkan akses peranti pada kadar mampu milik tanpa kos pendahuluan yang tinggi
Diperkenalkan pada majlis prapelancaran 11.11 di cawangan runcit Komputer Murah di Excella Business Park, Ampang baru-baru ini, program berkenaan memanfaatkan rekod prestasi kukuh ICT Zone dalam menyediakan penyelesaian langganan teknologi kepada sektor korporat dan agensi kerajaan, sekali gus membawakan model sama kepada golongan pelajar, keluarga, golongan bekerja, serta perniagaan mikro.
Menerusi inisiatif SewaJe, orang ramai boleh menyewa komputer riba gred komersial yang telah diperiksa dan diperbaharui secara profesional bermula daripada RM50 sebulan, dengan bayaran deposit keselamatan serendah RM200.
Lebih menarik, pelanggan turut diberikan fleksibiliti untuk memiliki sepenuhnya komputer riba berkenaan setelah melengkapkan tempoh sewaan selama 12 bulan serta memenuhi syarat kontrak yang ditetapkan.
Setiap unit komputer riba di bawah SewaJe menjalani pemeriksaan perkakasan ketat dan ujian diagnostik menyeluruh sebelum dihantar kepada pelanggan
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICT Zone Asia Berhad, Tommy Lim Kok Kwang menjelaskan bahawa program ini dirangka bagi merapatkan jurang akses digital bagi isi rumah dan usahawan kecil yang memerlukan peranti komputer yang boleh diharap untuk tujuan pembelajaran dan kerja, namun terhalang oleh kekangan bajet untuk membeli peranti baharu secara tunai.
Beliau berkata, apabila sesebuah syarikat besar menaik taraf peralatan IT mereka, komputer riba sedia ada masih memiliki jangka hayat penggunaan yang panjang dan amat sesuai untuk kegunaan harian pelajar mahupun keluarga. Dengan menguruskan kitaran hayat aset teknologi secara berstruktur, kumpulan dapat memberikan nilai tambah kepada perkakasan sambil membantu rakyat Malaysia mendapatkan komputer riba pada kos bulanan yang terkawal.
Pada tahun kewangan 2026 (FY2026), segmen TechFin ICT Zone berjaya menjana pendapatan sebanyak RM94.8 juta atau menyumbang kira-kira 50.7 peratus daripada jumlah hasil keseluruhan kumpulan. Melangkah ke hadapan, SewaJe turut menyokong kerangka ekonomi kitaran (circular economy) kumpulan dengan memaksimumkan jangka hayat peranti korporat yang dipulangkan sejajar dengan kadar pemulihan aset sebanyak 10 peratus yang direkodkan pada FY2026.

Gambar sekadar hiasan
Image via World TechDitawarkan melalui platform e-dagang dan runcit kumpulan, KomputerMurah.my, setiap unit komputer riba di bawah SewaJe menjalani pemeriksaan perkakasan ketat dan ujian diagnostik menyeluruh sebelum dihantar kepada pelanggan, selain dilengkapi perlindungan jaminan (warranty) serta insurans mengikut terma dan syarat.
Sempena Rumah Terbuka Komputer Murah yang berlangsung dari 10 hingga 14 November 2026 di Ampang, orang ramai berpeluang menguji sendiri spesifikasi komputer riba yang ditawarkan serta mendapatkan khidmat nasihat daripada pasukan ICT Zone. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi https://sewaje.komputermurah.my/.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


