seismik

[VIDEO] Penuh Tawa & Emosi, Iklan Raya PETRONAS Kali Ini Angkat Irama Tradisional

Sebak sampai sekarang.

Cover image via PETRONAS

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh PETRONAS.

Setiap tahun, pelbagai syarikat korporat dan usahawan tempatan di Malaysia akan berlumba-lumba menghasilkan iklan raya mereka

Kebiasaannya, iklan raya mengandungi mesej tersendiri yang sarat dengan nilai-nilai murni yang cukup sinonim dengan budaya Malaysia.

Antara paling ditunggu saban tahun pastilah iklan raya daripada syarikat PETRONAS yang kreatif, menghiburkan serta penuh dengan mesej tersendiri.

Jika tahun lalu, PETRONAS memperkenalkan drama bersiri sepanjang tahun menggabungkan kesemua perayaan, kali ini PETRONAS menghidangkan kisah penuh suka-duka, penuh tawa dan emosi dengan keindahan budaya dan warisan Malaysia menerusi ‘Dilema Irama’.

Image via PETRONAS

Karya kreatif PETRONAS kali ini turut mengetengahkan intipati Aidilfitri melalui jalan ceritanya yang penuh dengan emosi serta gubahan lagu-lagu asli yang membawa penonton mengembara ke dalam perjalanan penemuan diri dan hubungan kekeluargaan.

Diarahkan oleh pengarah filem tempatan terkemuka Hyrul Anuar, ‘Dilema Irama’ mengisahkan tentang seorang ayah dan anak lelakinya yang berkongsi minat dalam bidang muzik walaupun berbeza pandangan dan genre.

Nadim, seorang komposer muzik kontemporari, dengan berat hati bersetuju untuk bermain gambus untuk kumpulan muzik tradisional bapanya di sebuah majlis berbuka puasa.

Namun, persembahan itu berakhir dengan tercetusnya konflik antara mereka berdua sehingga mengguris perasaan.

Menelusuri kisah tersebut, penonton bakal menyaksikan bagaimana hubungan anak-beranak ini terjalin lebih utuh melalui muzik.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz

Image via PETRONAS

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata "Irama tradisional merupakan warisan kita yang indah."

“Ia menggambarkan budaya masyarakat turun-temurun yang kaya dengan seni dan adab yang tinggi.

“Alunan lagu raya inilah yang menjadi inspirasi PETRONAS dalam menerbitkan ‘Dilema Irama’, yang turut menampilkan tiga buah lagu gubahan asli.

“Seiring dengan tema perayaan kami pada tahun ini iaitu ‘Akar untuk Masa Depan’, kami berharap kisah ini berupaya untuk menanam semula rasa bangga dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dan adat resam di Malaysia,” katanya.

Ketahui kesudahan kisah dua beranak ini menerusi filem penuh irama dan emosi ini di saluran media Youtube dan Facebook rasmi PETRONAS.

Lebih menarik, anda juga boleh layan lagu OST filem pendek raya ‘Dilema Irama’ di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube dan platform penstriman digital utama yang lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik