seismik

Ini 10 Cara Terbaik Untuk Mengatasi Masalah 'Gugup' Ketika Berkomunikasi

Tips ini sangat berguna terutama jika anda perlu berbicara di khalayak ramai.

Cover image via Google

Banyak petua yang dapat dipungut jika anda pandai dan petah berbicara dengan orang yang lebih tua. Bukan sahaja dapat ilmu, malah anda juga mungkin akan mendapat peluang untuk membina jaringan yang lebih luas.

Image via Inc.

Sebenarnya skil untuk petah berbicara ini sangat senang untuk dipelajari. Yang penting, rajin berusaha dan anda memang mempunyai minat untuk berkomunikasi dengan setiap orang.

'Tak confidentlah untuk borak dengan orang yang tak dikenali..'

Ini merupakan salah satu perangai atau habit yang perlu dibuang dalam diri seseorang. Untuk memastikan anda menguasai skil petah berbicara ini, anda perlulah praktikkan 'Fake It Till You Make It.'

Bagaimana caranya? Baca tips penuh di bawah:

1. Tunjukkan kedua-dua tangan

Image via Google

Ketika berbicara di khalayak ramai, tangan anda memainkan peranan. Jika anda menyorokkan tangan, ia akan menampakkan anda gementar. Pergerakan tangan melambangkan ketenangan dan kejujuran ketika berbicara.

2. Buat eye-contact dengan setiap orang yang hadir pada waktu itu

Image via Google

Eye-contact adalah penting ketika anda menyampaikan sesuatu kepada seseorang. Ianya melambangkan keyakinan diri anda ketika menyampaikan sesuatu perkara. Oleh itu, anda harus melakukan eye-contact dengan natural dan tidak kekok.

3. Akhiri fasa ucapan atau percakapan anda dengan tona yang lebih rendah

Image via Google

Sebelum mengakhiri ucapan, anda harus menurunkan nada pada ayat yang terakhir. Ini juga sangat membantu jika anda mempunyai masalah 'gugup' ketika berbicara depan orang ramai.

4. Lontarkan suara anda ketika bercakap

Image via Google

Ketika bercakap, anda harus melontarkan suara lebih daripada nada percakapan harian anda. Jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu kuat. Lihat berapa ramai orang yang ada di tempat itu untuk mendengar, pastikan matlamat anda adalah untuk kesemua mereka dengar dengan jelas apa yang anda ingin sampaikan.

5. Sentiasa bertanyakan soalan kepada pendengar

Image via Google

Sentiasa bertanyakan soalan kepada setiap pendengar supaya ianya menjadi perbincangan kedua belah pihak dan lebih menarik. Anda harus ketahui jika pendengar yang hadir berminat atau tidak dengan perbincangan tersebut. Selain itu, soalan yang diajukan bermakna mereka faham akan topik yang dihujahkan.

6. Bercakap secara perlahan dan tidak terlalu laju

Image via Google

Jangan bercakap terlalu laju sehingga sukar untuk difahami setiap pendengar. Jika anda mempunyai masa yang panjang, anda boleh menyampaikan sesuatu secara perlahan supaya dapat difahami oleh setiap orang.

7. Jangan bongkok ketika memberi ucapan

Image via Google

Bahu sentiasa tegak dan jangan tunduk atau bongokkan badan. Anda perlu kelihatan yakin ketika menyampaikan sesuatu.

8. Sentiasa tahu apa yang ingin disampaikan. Kurangkan frasa "em.. ah.." dan sebagainya.

Image via Google

Jika anda tidak pasti dengan topik yang dibincangkan, elakkan untuk membincangkan lebih dalam mengenai topik tersebut. Elakkan daripada frasa, "em.. haa.." dan sebagainya. Ia akan meninggalkan kesan yang buruk kepada anda.

9. Berdiri dalam posisi yang betul dan tegak

Image via Google

Jika anda ingin sentiasa kelihatan yakin, berdiri dalam posisi yang betul dan sentiasa tegakkan badan. Ianya akan membuatkan badan anda lebih seimbang.

10. Berjabat tangan dengan penuh yakin

Image via Google

Ketika berjabat tangan, hendaklah anda menggunakan cara yang betul. Ianya tidak perlu terlalu kuat, hanya perlu menjadikannya firm hand shake sekurang-kurangnya dua hingga lima saat.

Tidak sukar pun bukan?

Jika anda ingin memperbaiki cara anda berkomunikasi dikhalayak ramai, boleh ikuti tips di atas.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kereta anda dilanggar belakang? Ini 12 perkara yang anda perlu lakukan:

Luaran dan dalaman harus dijaga dengan rapi ya, kaum hawa sekalian:

Untuk yang gila durian, jangan mudah ditipu!

More stories to read: