seismik

"Ini Adalah Buah Tangan Terbaru Saya Untuk Industri Muzik Malaysia" - Siti Nurhaliza

Album ManifestaSITI2020 kini terdapat di seluruh platform muzik digital.

Cover image via Siti Nurhaliza / Facebook

Siapa tidak kenal dengan Siti Nurhaliza? Meskipun sudah hampir tiga dekat berada dalam industri tempatan namanya masih lagi meniti dibibir masyarakat terutama peminatnya yang bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh pelusuk Asia.

Dalam usia 41 tahun, Siti masih berada di puncak populariti serta aktif menghasilkan karya-karya berkualiti serta menjadi siulan ramai.

Image via Harian Metro

Malah, Siti Nurhaliza menjadi penyanyi tempatan pertama muncul dengan album pada empat dekad berbeza bermula pada 1990-an, 2000, 2010 dan terbaru pada hari ini.

Menurut laporan, ia adalah album solo studio ke-18 Siti dan memuatkan 11 lagu. Lima daripadanya sudah dilancarkan sebagai single iaitu Anta Permana, Terang, Kasihku Selamanya, 7 Nasihat dan Basyirah serta lagu rakaman semula, Teratai Menjelma nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Antara komposer yang terbabit dalam album kali ini ialah Aubrey Suwito, Omar K, Hael Husaini, Ezra Kong, Pown Hasril, Melly Goeslow, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, John Jeevasingham, Ryan Kyoto, Kmy Kmo dan ramai lagi.

Sementara itu, Siti turut menitipkan ucapan terima kasih kepada para peminat kerana tidak putus memberikan sokongan terhadap dirinya dalam menghasilkan album berkenaan

Katanya lagi, dia berasa bersyukur di atas apa jua yang didatangkan dalam bentuk mengisi kebahagiaan buat dirinya, team, peminat-peminat dan semua pencinta muzik.

"Terima kasih di atas komen positif dan sambutan kalian terhadap album ManifestaSITI2020, ini adalah buah tangan terbaru saya untuk industri muzik Malaysia.

"Terus berkarya dan mengalirkam aura positif buat semua dalam rencam 2020 ini," ujarnya.

Dalam pada itu, sehari selepas pra-tempahan dibuka baru-baru ini juga, penjualan album fizikal album ManifestaSITI2020 turut habis dijual

Tempahan untuk pembelian album berkenaan dibuka sejak 29 Jun lalu dan sehingga tengah hari 30 Jun, ia berjaya dijual sebanyak 2,000 unit.

Jumlah itu adalah untuk tempahan bagi keluaran pertama dan untuk keluaran kedua akan dibuka selepas ini.

Siti berkata, walaupun penjualan album fizikal tidak lagi sehebat dulu, tetapi masih mempunyai nilai sentimental buat peminat.

"Perasaan gembira, berdebar, semua ada kerana begitulah perasaan setiap kali album bakal keluar. Saya tidak tahu apa reaksi dan penerimaan penggemar muzik kerana selera seseorang tidak sama," jelasnya.

Jadi korang dah dengar tak semua lagu dalam album ini? Sekarang dah boleh strim dekat semua platform muzik digital tau. Jom layan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik Siti Nurhaliza hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: