seismik

'Ini Bukan Soal Bangsa' - Netizen Pertahan Elak Komen Racist Video Pegawai MBSA Dibuli

Elakkan isu perkauman. Kita semua bersaudara :)

Cover image via Mikar El Hilmiy/Facebook

Bagi sesiapa yang log in akaun Facebook mereka malam tadi pastinya akan ternampak akan sebuah video yang sangat viral ini...

Image via giphy.com

Video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Mikar El Hilmiy itu memaparkan tindakan sepasang suami isteri yang dilihat bertindak menghalang seorang penguatkuasa MBSA menjalankan tugas.

Video yang berdurasi 2 minit 9 saat itu memperlihatkan wanita tersebut menarik baju dan lelaki itu pula cuba menghalang jalan penguatkuasa tersebut. Tindakan lelaki itu juga ditempelak oleh netizen seolah-olah tidak menghormati kaum wanita.

Image via giphy.com

Penguatkuasa bernama Nurul Ain Isa yang menjadi mangsa itu juga memberitahu pasangan tersebut bahawa mereka telah mengganggu beliau menjalankan tugas dan akan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Buloh dan Nurul Ain memberitahu bahawa pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta.

Beliau telah menjelaskan kepada pasangan tersebut bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan. Bagaimanapun, penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus, berkata kedua-dua suspek berusia 30 tahun itu ditangkap tidak lama selepas menerima laporan kejadian itu daripada mangsa

"Suspek sudah ditangkap mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam ketika menjalankan tugas."

"Kedua-duanya akan dituduh di Mahkamah Shah Alam pagi ini," katanya.

bharian.com.my

Setelah menerima lebih 40 ribu perkongsian di laman Facebook, rata-rata netizen mengecam tindakan pasangan tersebut. Namun, kami berasa dukacita kerana sesetengah netizen membangkitkan isu perkauman atas insiden yang terjadi.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang berfikiran positif dan menghormati kaum masing-masing dengan berpendapat ia adalah berkaitan masalah sikap 2 individu terbabit dan bukannya mewakili kaum mereka. Syabas rakyat Malaysia. Anda berfikir dengan bijak!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: