seismik

Ibu Bapa B40 Boleh Dapatkan 'Smart Phone' Percuma Untuk Pembelajaran Anak. Ini Caranya!

Bagi yang berkelayakan, jangan lupa memohon ok!

Cover image via Google

Tahukah bahawa kini anda boleh mendapatkan telefon bimbit percuma untuk membantu sesi pembelajaran anak-anak anda di dalam rumah?

Image via soyacincau.com

Lagi-lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, semua sekolah di seluruh Malaysia juga telah ditutup dan ia secara tidak langsung memerlukan sesi pembelajaran di rumah.

Jadi sebenarnya, untuk makluman anda, Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications telah menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.

Bukan itu sahaja, setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB (10 GB sebulan selama 12 bulan) bagi tempoh setahun.

Kriteria kelayakan untuk memohon telefon pintar percuma ini adalah:

  • Pelajar yang dicalonkan harus terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
  • Pelajar tersebut tergolong dalam keluarga B40.

Jadi untuk memohon, ikuti sahaja cara mudah yang disediakan ini:

Image via soyacincau.com

Sebelum mencalonkan murid tersebut, Yayasan YTL memerlukan pengesahan bahawa keluarga murid tersebut dari keluarga B40.

Namun sebelum itu, guru perlu menghubungi ibu bapa murid bagi mendapatkan maklumat serta data yang diperlukan iaitu:

  1. Nombor MyKid/MyKad murid
  2. Nombor MyKad Ibubapa
  3. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Untuk mendapatkan status B40 ibubapa pelajar tersebut, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik butang ‘Semak’.

Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600 seperti di bawah ini:

Image via YTL Foundation

Untuk makluman,

  • Anda boleh mencalonkan seorang murid bagi satu keluarga.Sekiranya pencalonan berjaya, anda akan dimaklumkan menerusi e-mel.
  • Ibubapa pelajar akan turut dimaklumkan melalui emel berserta langkah seterusnya sekiranya pencalonan tersebut berjaya dan ibubapa kemudiannya perlu mengemukakan pendaftaran untuk telefon percuma dengan data 120GB.
  • Diingatkan bahawa pendaftaran adalah khusus untuk ibubapa sahaja.
  • Ibubapa perlu mengikuti proses proses pendaftaran serta mengemukakan maklumat terperinci, termasuk memuat naik:
Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
Satu salinan MyKad ibubapa
Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40.
Ibubapa juga diingatkan untuk mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel. Kegagalan berbuat demikian bakal menyebabkan pendaftaran mereka terbatal dan dianggap tidak berjaya.

Untuk makluman, telefon pintar percuma ini turut dilengkapi dengan dua lagi kelebihan bagi membantu pembelajaran anak-anak anda iaitu:

  1. Panggilan suara selama 60 minit ke nombor rangkaian lain selain YES sebulan bagi tempoh 12 bulan.
  2. Panggilan suara dan sms tanpa had ke talian nombor YES.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: