seismik

Tak Perlu Pergi Ke Bank, Ini Cara Untuk Anda Semak Status Bayaran BPN

Mana yang belum dapat tu harap bersabar ok.

Cover image via mStar

Kerajaan telah mengumumkan insentif Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN pada 27 Mac lalu kepada umum

Image via treasury.gov.my

Bantuan tersebut diberikan bagi membantu setiap rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang berlaku sejak Mac lalu.

Berikut merupakan kategori mereka yang layak untuk menerima bantuan BPN seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin:

  1. Pendapatan isi rumah sebanyak RM4,000 dan ke bawah - Terima sejumlah RM1,600 dengan dua kali tempoh bayaran.
  2. Pendapatan isi rumah RM4,001 sehingga RM8,000 - Terima bantuan sejumlah RM1,000 dengan dua kali tempoh bayaran.
  3. Individu bujang yang memperoleh pendapatan RM2,000 ke bawah - Terima bantuan sebanyak RM800 dan dibayar untuk tempoh dua kali.
  4. Individu bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000 - Terima bantuan berjumlah RM500 juga dengan dua kali bayaran.
Kesemua pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.

Berita baik. Bagi bantuan kali ini, selain daripada golongan B40, mereka yang turut akan menerima insentif tersebut adalah golongan M40.


Sudah lebih seminggu memasuki bulan April, pasti ada dalam kalangan anda yang sudah menerima bantuan BPN dan ada juga sebaliknya

Image via the borneo post

Untuk anda yang masih belum mengetahui status pembayaran BPN anda, sila jangan bersusah payah untuk pergi ke mana-mana bank kerana anda boleh melakukannya hanya di hujung jari.

Selain menjimatkan masa, cara itu juga mampu mengelakkan diri anda dari terdedah kepada jangkitan wabak Covid-19 yang semakin kritikal pada ketika ini.

Justeru itu, untuk yang mahu menyemak status bayaran BPN anda, ikuti sahaja cara ini:

1) Pergi ke laman web bpn.hasil.gov.my dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

2) Kemudian, sila jawab captcha yang diberikan dan tekan butang semak.

Diingatkan, untuk anda yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, anda perlu membuat permohonan baru untuk memohon BPN di sini.

Jika status permohonan anda diluluskan, anda akan dapat melihat jumlah amaun yang bakal dikreditkan ke dalam akaun iaitu sebanyak RM500, RM800, RM1,000 atau RM1,600.

Sekiranya duit sudah berjaya masuk ke dalam akaun, status pada paparan skrin anda adalah seperti contoh gambar di atas.

Untuk makluman, bagi fasa pertama pembayaran wang BPN ini, ia didahulukan kepada pemohon yang layak secara automatik iaitu penerima BSH dan juga pembayar cukai sedia ada.

Bagi pemohon baru BPN, anda dijangka akan mendapat bayaran penuh pada bulan Mei depan.

Image via imgur.com

Namun begitu, bagi permohonan yang telah lulus namun bayaran belum masuk ke dalam akaun bank, status 'BERJAYA KREDIT' belum wujud dan anda hanya perlu bersabar sehingga wang dimasukkan ke dalam akaun anda ok.

Dalam pada itu ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] National Security Council’s Press Conference | April 8, 2020

[LIVE] National Security Council’s Press Conference | April 8, 2020

Posted by SAYS on Tuesday, April 7, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: