Kini Anda Boleh Tahu Siapa Unfriend Anda Di Facebook
Semua sudah terjawap, anda tidak perlu berteka-teki lagi.
Cover image via SAYSKadang-kadang semasa menggunakan akaun sosial untuk kemaskini status peribadi, niat kita cumalah untuk kongsi perkembangan terkini bersama sahabat handai dan sanak saudara
Tapi tanpa kita sedari ada yang mungkin rasa kurang senang, terasa hati, atau simply menyampah pada status kita
Image via SAYS
Usah bimbang, kini ada aplikasi yang boleh memberitahu kamu jika selama ini perlakuan kamu di Facebook menjengkelkan sehingga kamu diunfriendkan. Inilah aplikasinya: Who Deleted Me.
Aplikasi ini boleh memaparkan senarai pengguna Facebook yang telah men*delete* atau *unfriend* kamu di Facebook. Selain daripada itu, ia juga memaparkan siapa di antara rakan-rakan Facebook kamu yang pernah kamu 'buang' dari senarai rakan, yang menyahaktifkan akaun, dan senarai rakan baru kamu yang telah kamu *approve*.
Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam bentuk aplikasi untuk Android dan iOS, dan ia juga boleh di*install* sebagai *extension* pada layaran web kamu, seperti Chrome.
Image via distractify.com
Image via distractify.com
Walau bagaimanapun, aplikasi Who Deleted Me ini cuma boleh menunjukkan siapa yang telah mengeluarkan kamu dari senarai rakan Facebook hanya selepas kamu install di telefon pintar atau di layaran web
Senarai siapa yang telah *unfriend* kamu **sebelum** itu tidak akan dipaparkan. Jadi, biarlah ia kekal misteri.
Image via buzzfeed.com
Bagi kamu yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini, bolehlah muat turun di laman deleted.io
Image via deleted.io
Untuk laman-laman sosial yang lain seperti Twitter dan Instagram, perkhidmatan sebegini memang sudah lama ada, contohnya seperti:
Aplikasi untuk mengetahui siapa yang berhenti 'follow' kamu di Instagram
Image via insta.friendorfollow.com
