seismik

Ini Cara Tebus Data Percuma 1GB Anda Bagi Semua Jenis Telco Di Malaysia

Jangan lupa tebus ok!

Cover image via Twitter @Digitelco

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini turut menyatakan tentang pemberian internet percuma kepada rakyat

Image via wisermy

Semua pelanggan pascabayar dan prabayar telco Malaysia akan menerima Internet berkelajuan tinggi percuma dengan kapasiti 1GB.

Internet percuma tersebut boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April sehinggalah tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru mula hari ini, setiap individu sudah boleh menebus internet percuma mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syarikat telco masing-masing.

Jadi untuk anda yang ingin menebus data 1GB percuma tersebut, ini adalah cara yang perlu diikuti mengikut telco masing-masing

Image via lowyat.net

1. Digi

Untuk pengguna telco Digi, anda hanya perlu menebus tebus sekali sahaja dan 1GB akan diberikan kepada anda setiap hari secara automatik.

Pelanggan pascabayar boleh menebusnya di dalam aplikasi MyDigi di ruangan Rewards. Manakala bagi pelanggan prabayar pula, menerusi ruangan “Box of Surprise” di dalam aplikasi MyDigi, atau menggunakan kod ringkas UMB di *128#.

Image via soyacincau

2. Celcom

Berita baik buat semua pengguna Celcom, anda (sama ada pengguna pascabayar dan prabayar Celcom (dan Xpax)) akan diberikan 1GB data percuma secara automatik, bermula dari 1 April sehingga tamat PKP.

Anda tidak perlu sebarang pendaftaran atau penebusan ok!

Image via remaja

3. Maxis

Bagi pengguna Maxis dan Hotlink, pengguna telco ini perlu menebus data percuma 1GB setiap hari bermula hari ini hingga tamat PKP. Diingatkan, data ini hanya boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja dan penggunaan di luar waktu ini akan diambil dari kuota data sedia ada.

Jadi untuk pengguna Maxis yang ingin membuat penebusan, sila ikuti langkah-langkah ini:

Maxis Postpaid
Aplikasi MyMaxis – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”

Maxis Biz Postpaid
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”

Hotlink Flex Postpaid
Aplikasi Hotlink Flex – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”

Hotlink Prepaid
Aplikasi Hotlink RED – Klik pada banner di muka utama dan pilih “FREE 1GB / Day Pass” atau aktifkan pas di bawah tab ‘Shop’.

Image via tune talk

4. Tune Talk

Untuk pengguna TuneTalk, anda perlu membuat pendaftaran satu kali untuk menerimanya dengan syarat pastikan talian anda aktif.

Hantar SMS “STAYHOME” ke 2222. Anda akan menerima SMS yang menyatakan pendaftaran berjaya jika sistem menerimanya.

Image via soyacincau

5. U mobile

1GB data percuma ini diberikan kepada semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband, kecuali pelanggan pelan WeChat Go. 

Diingatkan, talian anda yang menggunakan U mobile ini mestilah aktif untuk menerima data percuma. Untuk menerima tawaran ini, anda hanya perlu membuat sekali penebusan sahaja. 

Prabayar: Dail 118*6# dan pilih Special Offer
Pascabayar: Dail 
118*7# dan pilih Special Offer



Image via amanz

6. Yodoo

Bagi pelanggan Yodoo, anda dapat tawaran yang agak istimewa sedikit ya. Yoodo memberikan 1GB data setiap hari hingga 14 April. Selain itu, Yoodo juga akan memberikan 1GB percuma pada hari Isnin, 20 dan 27 April 2020.

Data yang diberikan juga tiada had masa penggunaan malah data yang tidak habis digunakan boleh dibawa ke depan sehingga kitaran pelan yang seterusnya.

Image via odisi.my

7. Unifi Mobile

Akhir sekali, TM telah memberi penawaran pas LTE hotspot secara percuma bagi pengguna pelan unifi Mobile pasca bayar. Selain itu, TM juga turut menawarkan 7 hari data tanpa had kepada pelanggan unifi Mobile #BEBAS pra bayar serta pas percuma LTE hotspot unifiMobile Biz bagi pelanggan unifi SME.

Lebih mudah, anda tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia telah diaktifkan secara automatik.

Jadi, bolehlah gunakan data ini sebaik mungkin ya!

Apa-apa pun ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | March 26, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Thursday, March 26, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: