"Inilah Malaysiaku!" - Semua Pelanggan Bangun Bila Restoran Pasang Lagu Negaraku. Respect!
Serius kagum.
Cuba bayangkan, tengah nak suap makanan dalam mulut tiba-tiba lagu 'Negaraku' berkumandang dalam kafe. Tergamam tak?
Barangkali ini bukanlah situasi yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Tetapi ianya baru saja terjadi beberapa hari yang lalu di sebuah kafe.
Seorang netizen, Che Zulkefli menerusi Facebook memuat naik sebuah video yang menunjukkan sebuah kafe tiba-tiba memasang lagu 'Negaraku' ketika para pelanggan sedang sibuk menjamu selera.
Menerusi caption, Che Zulkefli berkata kafe tersebut sengaja melakukan perkara itu untuk menguji semangat patriotik terhadap rakyat Malaysia yang berada di situ
Beliau menulis, "Seorang pengusaha sebuah kafe telah memasang lagu Negaraku secara tiba-tiba di premisnya untuk melihat reaksi dari para pelanggannya."
Apa yang membanggakan ialah kesemua pelanggan dalam kafe tersebut terus berhenti makan dan segera berdiri bagi menghormati lagu 'Negaraku'
Bukan setakat berdiri, siap menyanyi sekali! Ada juga yang meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.
Serius kagum melihat semangat patriotik dari rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum seperti ini.
Lihat video di bawah:
Rata-rata netizen berasa begitu bangga melihat perpaduan yang ditunjukkan oleh setiap rakyat Malaysia dalam video ini
Syabas Malaysians! Inilah semangat yang perlu kita tunjukkan setiap hari. Semoga perpaduan kita berkekalan. :)