Inisiatif Saloma Kuala Lumpur Santuni Artis Seni Veteran & Bantu Anak-Anak Yatim Dipuji
Jadi platform dalam membantu artis veteran yang telah banyak berjasa kepada industri seni tanah air.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Demi menyokong usaha murni untuk membantu golongan seni yang memerlukan, Saloma Kuala Lumpur akan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban yang ditanggung mereka
Antara perancangan yang dibuat termasuk menyediakan sumbangan untuk mengisi tabung khas bagi membantu insan-insan seni yang berhadapan kesempitan hidup atau menghidapi penyakit. Tabung khas tersebut juga akan dibuka kepada pengunjung Saloma Kuala Lumpur agar mereka juga berpeluang untuk turut serta menghulurkan derma.
Presiden Kumpulan Saloma Kuala Lumpur Datin Rosmariza Dato' Che Umar berkata, bagi merealisasikan inisiatif tersebut, pihak beliau akan bekerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).
“Restoran Saloma Kuala Lumpur akan menyemarakkan semangat setiakawan yang menjadi pegangan artis-artis lama seperti Puan Sri Saloma dan Tan Sri P. Ramlee sendiri.
“Inisiatif ini juga merupakan penghormatan kami kepada legenda seni dan budaya negara dan diharapkan nama-nama besar ini akan terus hidup melalui usaha menyantuni mereka yang masih ada bersama kita,” kata Datin Rosmariza di majlis doa Selamat “Malam Naungan Rahmat, Limpahan Berkat” yang diadakan di Saloma Kuala Lumpur.
Jadi platform dalam membantu artis veteran yang telah banyak berjasa kepada industri seni tanah air
Tambah beliau lagi, majlis malam itu diadakan bukan sahaja untuk memohon rahmat dan keberkatan tetapi turut menjadi platform dalam membantu artis veteran yang telah banyak berjasa kepada industri seni tanah air seperti Zaiton Sameon, Isma Aliff, Sofia Ibrahim, Mak Jah, Shuib Freedom serta golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim dan pelajar tahfiz.
Sementara itu, Saloma Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah ibu negara menampilkan gabungan seni kulinari dan budaya warisan Melayu yang turut diinspirasikan oleh keunggulan seni Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Ia direka dengan elemen seni bina klasik Melayu, lengkap dengan dekorasi yang memaparkan era kegemilangan dua legenda seni negara tersebut. Muzik latar di restoran ini turut menampilkan lagu-lagu ikonik mereka, mencipta suasana nostalgia bagi setiap tetamu.
Selain suasana unik, Saloma Kuala Lumpur turut menawarkan pelbagai menu istimewa yang menggabungkan resipi Melayu tradisional dengan sentuhan moden. Hidangan seperti Rendang Istimewa, Sup Ekor Goreng, dan Aneka Laksa Saloma serta kuih muih tradisi adalah antara tarikan utama yang bakal menambat selera pelanggan.
Bakal beroperasi selama 24 jam, Saloma Kuala Lumpur juga dilengkapi dengan ruang jamuan eksklusif untuk majlis peribadi, kemudahan parkir yang luas serta pentas mini yang sesuai untuk persembahan secara "live".
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!