Istana Budaya Kini Tampil Dengan Wajah Baharu, Sedia Jadi Hab Seni Serantau

Wah, cantiknya look baru!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Istana Budaya (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas lebih dua tahun ditutup, Istana Budaya kini kembali dengan wajah baharu menerusi kerja pembaikan dan naik taraf bernilai RM80 juta

Naik taraf itu bukan sekadar memperindah fasiliti, malah bertujuan memperkukuh kedudukan Istana Budaya sebagai mercu seni persembahan negara serta hab seni bertaraf antarabangsa.

Menurut laporan Berita RTM, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, fasiliti bertaraf dunia sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong program berkualiti yang mampu menjana pulangan kepada pihak penganjur dan Istana Budaya.

SAYS.com
Image via Berita RTM
SAYS.com
Image via Istana Budaya (Facebook)

Menurutnya, program yang dianjurkan perlu mempunyai nilai komersial lebih tinggi selain mampu menarik produksi bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Peluncuran Program Istana Budaya 2026 di Istana Budaya, 10 Ogos lalu.

Istana Budaya ditutup sejak Januari 2024 bagi membolehkan kerja pembaikan dan naik taraf, termasuk membabitkan struktur bumbung, dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR)

Kini, pembukaan semula Panggung Negara itu turut membuka ruang lebih luas kepada masyarakat untuk menikmati pelbagai persembahan seni tempatan dan antarabangsa.

Sepanjang 2026, Istana Budaya bakal menganjurkan pelbagai program termasuk Nuansa Urban Rohani 2026, Laman Santai Seni Budaya: Pesona Malaysia, NSO bersama Aubrey Suwito 'Pop & Simfoni' serta Teater Muzikal Pengembaraan Sang Kancil.

SAYS.com
Image via Istana Budaya (Facebook)
SAYS.com
Image via Istana Budaya (Facebook)

Panggung Sari pula dijadualkan menampilkan Teater Muzikal Mansur & Liu, Konsert Rindu Sumayyah Hijjaz 3 Dekad, Festival Filem Malaysia Ke-35, Magnum Opus M. Nasir Dekad Ke-5 dan Teater Legenda Puteri Santubong.

Shaharuddin berkata, gabungan fasiliti yang dinaik taraf dan pengisian program berkualiti mampu menjadikan Istana Budaya pemangkin kepada perkembangan industri kreatif negara.

Pada masa sama, ia turut dijangka membantu menyokong usaha kerajaan menjayakan Kempen Melawat Malaysia 2026 dan 2027, sekali gus mengangkat Malaysia sebagai destinasi seni dan budaya di rantau ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via

You may be interested in: