seismik

Selepas Bernikah, Isteri Awie Dakwa Turut Kena Tempias Sakit Misteri

Difahamkan, Awie, isteri dan anak-anaknya turut terkena.

Cover image via BH Online

Viral baru-baru ini apabila gambar majlis perkahwinan penyanyi rock terkenal, Ahmad Azhar Othman, 48, atau Awie tersebar luas di laman sosial

Image via BH Online

Awie mengahwini Sharifah Lad­yana Syed Shamsuddin di Masjid Sultan Sulaiman, Songkla, Thailand kira-kira pukul 12 tengah hari, Sabtu lalu. Perkahwinannya itu turut disaksikan oleh tiga orang anaknya.

Hanya dengan sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM360, Awie telah sah bergelar suami kepada wanita yang juga bekas pramugari itu.

Bagaimanapun, sebelum ini Awie pernah memberitahu untuk merahsiakan lokasi perkahwinannya kerana bimbang dengan 'gangguan misteri'

Menurut laporan Harian Metro, Awie sebelum ini ada mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz dan berharap boleh sembuh seperti sedia kala.

Image via BH Online

"Saya dah tak larat sebenarnya kerana terlalu teruk. Nak kata sakit, saya boleh menyanyi, boleh beraksi di pentas dan masih ada stamina," katanya.

hmetro.com.my

Namun, selepas gambar perkahwinan mereka tersebar, isteri Awie, Lady memberitahu bahawa dia turut terkena tempias penyakit misteri tersebut

Lady memberitahu, pada awalnya dia enggan percaya akan ilmu hitam tetapi dia mula menerima hakikat wujudnya anasir lain selepas menjalani rawatan alternatif berasaskan kaedah perubatan Islam.

Image via BH Online

"Dulu saya sangsi adanya sihir. Tetapi selepas terkena batang hidung sendiri, saya mula mengambil langkah berjaga-jaga. Semuanya bermula dengan masalah gatal pada bahagian betis dan paha. Peliknya, ia hanya terasa menjelang waktu Maghrib.

"Enggan dibebani kepercayaan karut, saya mendapatkan nasihat pakar kulit. Pakar itu juga tidak dapat mengenalpasti punca kerana rasa gatal hanya pada waktu Maghrib," kata Ladyana.

bharian.com.my

Menurutnya lagi, dia redha sekiranya ini dugaan yang diberi oleh Tuhan. Mereka sekeluarga akan terus berikhtiar untuk memastikan tiada lagi gangguan.

Awie juga memaklumkan bahawa baru-baru ini, anak-anaknya turut berdepan gangguan mistik tersebut.

Tonton wawancara BH Online bersama Awie di bawah:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal misteri, apa kata anda baca ini pula:

You may be interested in: