Jalan Sultan Ismail Ditutup Mulai Malam Ini & Bakal Dibuka Semula 28 September

Jalan dijadual dibuka semula selepas kerja-kerja membuka pemasangan selesai pada pagi 28 September.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengguna jalan di sekitar Bukit Bintang perlu mengambil perhatian apabila sebahagian Jalan Sultan Ismail di hadapan Sungei Wang Plaza akan ditutup sementara bermula 10 malam hari ini, 24 September

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via BusinessToday Malaysia

Difahamkan, penutupan itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja persediaan sebelum Autumn Music and Cultural Festival 2026 yang berlangsung dari 25 hingga 27 September.

Sepanjang tempoh tersebut, jalan berkenaan akan ditutup sepenuhnya selama tiga hari sebelum kerja membuka semula pemasangan diteruskan sehingga 5 pagi pada 28 September.

Orang ramai dinasihatkan mengikuti papan tanda serta arahan petugas di lokasi sepanjang tempoh penutupan dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Bagi pengunjung yang menuju ke kawasan Bukit Bintang, mereka turut disarankan menggunakan pengangkutan awam seperti MRT Bukit Bintang dan Monorel KL yang mempunyai stesen berdekatan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wanderon

Makluman mengenai penutupan itu diumumkan oleh Sungei Wang Plaza menerusi Facebook rasmi dan turut dikongsi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jalan dijadual dibuka semula selepas kerja-kerja membuka pemasangan selesai pada pagi 28 September.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: