"Berbakat Atau Sekadar Bekalkan Gallery Perempuan Seksi.." - Teguran 'Deep' Buat Jurufoto
Dengar tu abang-abang photographer di luar sana. Jangan nak kejar jadi popular je.
Kerja sebagai seorang jurufoto sebenarnya tidaklah semudah yang disangka
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa anda boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan hanya mengambil gambar sama ada menggunakan kamera DSLR atau hanya telefon pintar.
Untuk tips pertama semestinya anda perlu ada ilmu untuk menjadi seorang yang lebih profesional. Oleh itu, anda perlu belajar untuk mengambil gambar-gambar dari sudut berbeza dan lain daripada yang lain.
Selepas yakin dengan kebolehan sendiri, anda boleh mula untuk menjana pendapatan dengan cara mengambil gambar sahaja. Seterusnya, baru boleh menjadi seorang professional photographer.
Malangnya, zaman sekarang ini terdapat ramai juga jurugambar yang menyalahgunakan 'kuasa' mengambil gambar untuk menaikkan pengikut dengan lebih mudah dan cepat
Oleh itu, perkara seperti ini telah mendapat perhatian seorang pengguna Twitter @AmirulRuslam yang turut menyuarakan isi hatinya mengenai hal tersebut. Ia bukanlah untuk menutup periuk nasi jurugambar di luar sana, hanya sekadar mengingati sahaja.
Perkongsian rangkaian tweet itu sehingga kini berjaya meraih lebih 9.9 ribu RTs dan 13.4 ribu likes ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:
Dengan berbuat sedemikian, seseorang perlu mengetahui adakah Allah terima apa yang dibuat itu? Adakah rezeki itu berkat?