Jangan Lupa Check Pasport, Tak Boleh Travel Kalau Tamat Tempoh Dalam Masa 6 Bulan

Take note!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebelum anda book flight untuk travel, jangan lupa untuk semak tarikh luput pasport masing-masing

Ramai pelancong tidak menyedari bahawa mempunyai pasport yang masih sah dari segi teknikal tidak semestinya bermakna anda boleh melancong.

Banyak negara mewajibkan pelawat mempunyai sekurang-kurangnya enam bulan sah laku pada pasport mereka dari tarikh masuk atau perjalanan.

Ini bermakna jika pasport anda tamat tempoh dalam tempoh enam bulan akan datang, anda mungkin menghadapi masalah di lapangan terbang atau semasa tiba di destinasi, bergantung pada keperluan imigresen negara terlibat.

SAYS.com
Image via Tamara Jayne/SAYS

Kenapa pasport kena ada tempoh sah laku selama enam bulan?

Peraturan sah laku pasport selama enam bulan merupakan syarat yang dikenakan oleh banyak negara untuk pelawat asing yang memasuki sempadan mereka, termasuk Malaysia.

Ia memastikan pelancong mempunyai pasport yang sah sepanjang perjalanan, terutamanya sekiranya berlaku situasi yang tidak dijangka seperti kelewatan penerbangan, kecemasan atau perlu melanjutkan tempoh penginapan mereka.

Image via Tamara Jayne/SAYS

Dah book flight anda tapi pasport dah lebih tempoh sah laku selama enam bulan? Jangan risau, masih ada langkah yang boleh anda ambil

Jika anda masih mempunyai masa yang cukup sebelum tarikh berlepas, anda perlu memperbaharui pasport anda secara dalam talian melalui sistem MyOnline Passport.

Permohonan terus untuk pembaharuan pasport Malaysia adalah khusus untuk kumpulan tertentu:

– Warga emas berumur 60 tahun ke atas
– Kanak-kanak di bawah 13 tahun
– Orang Kurang Upaya (OKU)
– Pelajar yang melancong ke luar negara
– Jemaah Haji
– Mereka yang mempunyai pasport yang hilang atau rosak

Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan mereka di Jabatan Imigresen atau mana-mana Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Bagi mereka yang mempunyai rancangan perjalanan segera, anda mungkin perlu mengunjungi pejabat Imigresen secara langsung dan menjelaskan situasi anda. Kes-kes segera mungkin dipertimbangkan, tetapi kelulusan masih tertakluk kepada budi bicara Jabatan Imigresen.

SAYS.com
Image via Sayuti Zainudin/Malay Mail

Bagi mengelakkan panik saat akhir, rakyat Malaysia digalakkan untuk menyemak tarikh luput pasport mereka sebelum menempah perjalanan ke luar negara

Ini amat penting terutamanya jika anda melancong semasa waktu puncak seperti cuti sekolah atau musim perayaan, apabila perkhidmatan melibatkan pasport mungkin mengalami permintaan yang lebih tinggi.

Jangan lupa untuk menyemak pasport mereka yang sertai sama dalam perjalanan, terutamanya kanak-kanak, supaya semua orang boleh menaiki penerbangan tanpa sebarang masalah.

Pemeriksaan pasport yang cepat sekarang boleh menyelamatkan anda daripada situasi tertekan di lapangan terbang kemudian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik