seismik

‘Jangan Rushing!’ - Ini 3 Kriteria UTAMA Sebelum Buat Keputusan Untuk Beli Rumah Pertama

Nak beli rumah kena fikir baik-baik dulu.

Cover image via duduk

Artikel ini ditaja oleh duduk EcoWorld.

Dah bertahun asyik menyewa, anda pasti ada angan-angan untuk memiliki rumah sendiri bukan?

Gambar sekadar hiasan.

Image via 88DesignBox

Dengan rumah sendiri, anda ada kebebasan untuk menghias dan mencantikkan rumah itu. Namun, kami faham pilihan selalu menjadi topik sukar. Almaklumlah, ramai juga yang takut untuk buat keputusan sebab takut tersalah buat pilihan.

Jadi, untuk memudahkan anda, di sini kami kongsi beberapa kriteria utama yang wajib anda tahu sebelum mengambil keputusan untuk membeli rumah idaman.

1. Cari lokasi yang strategik

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Ya, sebelum anda sibuk fikir pasal harga rumah atau perkara lain yang boleh bikin pusing. Sebenarnya lokasi rumah adalah perkara pertama yang patut berada dalam kepala anda. Ingat, anda beli rumah bukannya mahu duduk sehari dua sahaja.

Jadi pastikan anda cari lokasi rumah yang betul-betul strategik dan dekat dengan kemudahan awam seperti sekolah, hospital, bank, pusat membeli belah, kedai runcit dan sebagainya. Paling seronok kalau dapat rumah yang senang untuk akses ke highway!

2. Fasiliti yang lengkap

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Kalau anda nak tahu berbaloi atau tak rumah yang anda pilih tu, perkara kedua yang perlu dititikberatkan ialah fasiliti. Projek perumahan sekarang ni dah makin maju, sepatutnya fasiliti yang tersedia dekat rumah baru nanti mestilah cun belaka.

Setidaknya, perumahan anda perlulah ada kemudahan asas seperti tempat letak kereta percuma, gimnasium, kolam renang dan bonus kalau dewan serbaguna pun ada sekali. Pendek kata, senang kalau nak buat apa-apa event.

3. Reka bentuk rumah yang memuaskan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Dah setelh bab bahagian luar rumah, sekarang kita beralih ke bahagian dalam rumah pula. Kami yakin, topik rekaan dalaman pasti menjadi topik utama sebelum keputusan untuk membeli rumah dibuat. Semua orang pasti tercari-cari rekaan dalam yang betul-betul memuaskan hati. Jadi, sebaiknya anda jangan terburu-buru untuk membuat pilihan rumah semata-mata terpedaya dengan janji manis ‘rumah mampu milik’.

Di zaman serba moden ni, sebenarnya anda boleh dapat rumah jauh lebih berbaloi dengan reka bentuk dalaman yang cantik, saiz rumah yang luas, siap dilengkapi separa berperabot. Pendek kata, boleh masuk terus duduk tak payah pening kepala lagi dah.

Belum tahu mahu duduk mana?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, wujudkah pemaju perumahan yang memenuhi semua kriteria yang kami kongsikan di atas tadi? wujudkah perumahan yang tawarkan kemudahan sesempurna itu? Ya, sebenarnya memang ada! Kalau anda mahu tahu, EcoWorld kini memperkenalkan jenama terbaru mereka iaitu duduk – dengan konsep perumahan vertikal yang betul-betul sempurna dan memukau mata.

Image via duduk

Anda tidak perlu risau sebab boleh duduk dengan selesa di perumahan high-rise Huni D’ Eco Ardence dan Se.Ruang D’ Eco Sanctuary sebab kedua-duanya terletak di antara dua lokasi strategik iaitu Eco Ardence di Setia Alam dan Eco Sanctuary pula terletak di selatan Kota Kemuning.

Kedua-dua lokasi ni memang terkenal sebagai kawasan perbandaran yang sangat strategik kerana ia dikelilingi dengan kemudahan seperti hospital, sekolah, bank, pusat membeli belah dan banyak lagi.

Luas, lengkap dan sempurna!

Kalau anda mahu tahu, duduk menawarkan rumah high-rise berkeluasan 1,000 kaki persegi dengan 3 bilik dan 2 bilik air serta reka bentuk yang praktikal. Jika anda membeli salah satu unit di Huni D’ Eco Ardence dan Se.Ruang D’ Eco Sanctuary, ia bakal datang dengan pakej separa perabot dan pelbagai barangan asas rumah pintar.

Memang menguntungkan sebab tak perlu pening-pening kepala nak ubah suai dan sebagainya. Semua serba lengkap!

Image via duduk

Bagi fasiliti perumahan pula, anda tidak perlu risau kerana kedua-dua perumahan duduk diberi dua tempat letak kereta percuma untuk setiap unit rumah. Ia turut dilengkapi clubhouse, kolam renang, gimnasium dan dewan serbaguna untuk kemudahan seisi keluarga. Pendek kata, memang puas hati dan selesa sakan kalau anda duduk di sini nanti.

Kalau sudah jatuh hati, jemputlah duduk!

Image via duduk

Apa yang kami boleh tambah di sini, duduk adalah ibarat durian Musang King. Sekali pandang sudah tahu kualitinya top dan confirm puas hati. Kalau anda sudah mula jatuh cinta dan berminat untuk mengetahui lebih banyak informasi tentang duduk – jenama baru EcoWorld, boleh terus daftar di laman sesawang duduk atau layari facebook duduk hari ini juga.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik