seismik

[VIDEO] Bungkusan Bergerak-Gerak, Pekerja Pos Laju Terkejut Jumpa 'Jenglot' Dalam Kotak

Ok yang ni seram.

Cover image via Mohd Zaidi Bin Desa/Facebook

Apa perasaan korang kalau tiba-tiba satu hari tu korang terjumpa makhluk Jenglot kat dalam kotak?

Seram weh! Memang terus berlari pecut lah jawabnya.

Image via tumblr.com

Itulah apa yang terjadi kepada beberapa orang pekerja Pos Laju semalam

Pekerja Pos Laju Malaysia terkejut besar apabila mendapati salah satu kandungan yang terdapat di dalam bungkusan adalah tidak seperti yang dijangka.

Menurut sumber dari seorang pengguna FB Mohd Zaidi Bin Desa, pekerja-pekerja tersebut mendapati bahawa satu bungkusan yang dihantar telah bergerak secara tiba-tiba.

Mereka berasa curiga dan mengesyaki pasti ada sesuatu yang 'bernyawa' di dalam bungkusan tersebut.

Bila dibuka bungkusan itu, alangkah terkejutnya mereka melihat kandungan di dalamnya iaitu dua ekor makhluk Jenglot

Apa itu Jenglot?

Jenglot adalah suatu mahluk misteri berbentuk seakan-akan manusia kecil yang berambut panjang, berkuku dan bergigi tajam. Terdapat juga makhluk Jenglot yang berbentuk separuh manusia dan separuh haiwan seperti ular, buaya, dan sebagainya.

Jenglot mula dikenali sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Dan hingga ke hari ini, masih ada masyarakat yang mempercayai makhluk ini memiliki kekuatan magik yang tersembunyi.

Mohd Zaidi Bin Desa turut memuat naik sebuah video yang memaparkan dua ekor Jenglot tersebut:

Posted by Mohd Zaidi Bin Desa on Tuesday, April 4, 2017

Post yang dibuat oleh Zaidi telah mendapat lebih daripada 9,000 shares dalam masa tak sampai dua hari.

Dalam pada itu, ramai yang hairan dan tidak menyangka ada orang menghantar Jenglot menggunakan khidmat Pos Laju

Atau adakah ini fake semata-mata?

Image via giphy.com

Anda rasa? Share pendapat anda kepada kami di bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Apa lagi hantu yang popular?

You may be interested in: