Jerebu Dijangka Berkurangan Dalam Tempoh Dua Minggu Lagi
Difahamkan perkara itu dijangka susulan perubahan corak angin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara negara sejak 8 Ogos lepas dijangka beransur-ansur berkurangan dalam tempoh dua minggu
Menerusi laporan Bernama, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Malaysia kini berada dalam fasa peralihan monsun sejak 9 Oktober, sebelum monsun timur laut dijangka bermula pada penghujung Oktober.
"Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa perubahan keadaan cuaca semata-mata bukanlah penyelesaian jangka panjang terhadap isu jerebu. Mungkin akan berulang lagi.
"Jadi, usaha pencegahan kebakaran ini mesti berlaku di punca. Penguatkuasaan undang-undang mesti domestik serta kerjasama serantau mesti diperkukuhkan untuk kita akhirnya dapat mengurangkan risiko kejadian yang sama berulang pada masa hadapan," katanya.

Kerajaan sedang dalam usaha dapatkan bukti yang cukup untuk pelaksanaan tindakan undang-undang
Syed Ibrahim berkata episod jerebu berpunca daripada peningkatan kejadian kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah Indonesia, termasuk Kalimantan dan Sumatera, yang turut menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan di Malaysia, khususnya Sarawak.
Sebagai langkah mitigasi, kerajaan turut melaksanakan 11 siri operasi pembenihan awan dari 30 Ogos hingga 15 Oktober dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara.
"Cabaran utama dalam pelaksanaan undang-undang yang ada elemen merentas sempadan ini ialah keupayaan untuk mendapatkan bukti yang mencukupi untuk menentukan punca pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab," katanya.
Menurutnya setakat ini kementerian belum menerima maklumat rasmi daripada Kementerian Luar atau Kementerian Perladangan dan Komoditi mengenai penglibatan syarikat Malaysia dalam kejadian pembakaran terbuka di Indonesia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via