Jimat Petrol: 5 Mitos Unik Yang Ramai Rakyat Malaysia Percaya
Orang kita memang kreatif.
Selain Hari Raya Aidilfitri, Deepavali mahupun Tahun Baru Cina, negara Malaysia juga famous dengan perayaan 'harga minyak naik'
Yes, rasanya perayaan ini boleh masuk dalam kalendar cuti kita setiap tahun. Macam biasa, setiap kali perayaan ini datang, mulalah orang kita keluarkan pelbagai mitos untuk berjimat cermat.
Ketuk nozzle kat tank? Jom tengok mitos orang kita macam mana nak save petrol:
1. Tutup aircond, buka tingkap!
Tepat sekali! Kami tahu anda malas nak baca bab enjin dan part dalaman kereta. Korang mungkin kenal tempat isi air wiper, tapi kami pasti bukan yang ini:
Kompresor + Kipas Radiator + Blower = Aircond = BANYAK PETROL
Jawapan: LOGIK!
2. Isi minyak waktu malam atau pagi
"Isi minyak masa malam dik. Malam sejuk, minyak pun jimat."
Pffft..betul ke ni. Betul ke korang ni? Tapi, jangan tekejut pulak sebab benda ni betul terjadi. Nak tahu kenapa? Benda alah dalam minyak petrol akan kembang bila keadaan panas. Jika korang masih amalkan teori ni, sila teruskan kerana ianyaaaaa...
Jawapan: Tepat sekali!
3. Setiap stesen minyak charge harga sama, tapi kuantiti berbeza
Haaa, perkara ini selalu pakcik dan makcik bincangkan. Ada yang cakap isi kat stesen minyak 'P' lagi jimat. Aiseh betul ke ni?
Basically, petrol yang kita guna setiap hari datang dari tangki depot yang sama, jenis Gred C. Jadi tak pedulilah anda isi di stesen minyak Hijau ke, Oren ke, Kuning ke, Biru Merah ke, semuanya datang dari sumber yang sama iaitu......
Petron_s! Boleh teka tak?
Rakyat: Kau tulis je, kami ni dh try, kau tahu apa!
Secara saintifiknya, mitos ini salah dan stesen minyak ni cuma branding semata-mata. Jadi...
Jawapan: DIRAGUI! Nanti kami cuba.
4. Kalau tank minyak anda sebelah kanan, isi dekat pam sebelah kiri
Power baqhang mitos ni. Tapi betul ke? Kelogikan apakah di sebalik mitos ini? Ok, ada yang kata, bila cable/getah dekat pam minyak tu bergulung, minyak susah nak turun. Jadi, bila kabel tu ditegangkan, minyak lagi senang turun, dan akan ada minyak ekstra yang turun secara total dari pam!
Jawapan: Anda ditipu hidup-hidup! You get what you pay bro! Lol.
5. Kurangkan muatan dalam kereta
Ok this seems legit. Makin besar muatan yang diangkut oleh sebuah kereta, makin susah kereta nak jalan. Kami tak kata berat manusia. Cuma, kalau nak jimat minyak, janganlah angkut mesin basuh, lembu (pernah terjadi), atau seangkatan dengannya.
Jawapan: BETUL!
Kreatif kan orang kita. So there you go! Apa lagi cara anda nak jimatkan minyak? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!