seismik

Jom Undi Calon Vokal Terbaik Finalis AJL39 'For Fun', Pastikan Artis Favorite Anda Menang!

Agak-agaknya siapa lah yang menang undian popular ni ya.

Cover image via says.com via @tv3malaysia (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anugerah Juara Lagu ke-39 yang bakal berlangsung tak lama sahaja lagi akan mempertaruh 10 buah lagu serta penyanyi yang berbeza

Image via TV3 Malaysia

Sehubungan itu, kategori vokal terbaik diramalkan akan menjadi salah satu kategori yang paling sengit pada malam tersebut yang mana menampilkan ramai penyanyi wanita hebat begitu juga lelaki.

Nama-nama seperti Aina Abdul, Marsha Milan, Ernie Zakri dan juga kemunculan pertama penyanyi baru Nadeera di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) juga dikatakan akan memberikan saingan hebat kepada semua finalis untuk kategori ini.

Untuk finalis lelaki, selain Hael Husaini yang kerap dipuji akan kehebatan vokalnya, Hafiz Suip juga akan kembali ke pentas AJL sekaligus menjadikan perebutan anugerah untuk kategori ini menjadi lebih hangat.

Undi calon vokal terbaik untuk 'suka-suka je' di Instagram @tv3malaysia sekarang!

Bagi menghangatkan lagi malam AJL nanti, baru-baru ini TV3 telah menyediakan platform kepada orang ramai untuk mengundi calon vokal terbaik pilihan mereka sekadar 'suka-suka' di Instagram.

Peminat boleh mengundi penyanyi kegemaran mereka dengan menjawab poll di IG Story @tv3malaysia.

Jadi tunggu apa lagi, jom undi penyanyi kegemaran sekarang untuk pastikan mereka menang. Apa-apa pun jangan lupa, ini untuk suka-suka je tau! 

Tiket untuk AJL39 telah pun mula dijual bermula 18 Januari 2025 dan boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi www.wowtix.com.my

AJL39 juga akan disiarkan secara langsung di TV3 pada 16 Februari ini jam 9 malam dan juga boleh distrim secara HD di www.tonton.com.my.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via TV3 Malaysia

You may be interested in: