Jubin Cantik Perkenal Kooqa, Jenama Perabot Berjubin Moden – “Ordinary Ends Here”
Kooqa juga memperkenalkan tiga koleksi iaitu The Accent, The Plinth dan The Metal.
Cover image via KooqaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jubin Cantik Sdn. Bhd., peruncit jubin dan penyelesaian permukaan rumah di Selangor, secara rasmi mengumumkan pelancaran Kooqa, sebuah jenama perabot gaya hidup (lifestyle) baharu yang mengangkat seni kraf jubin dalam rekaan perabot harian
Pengumuman berkenaan dibuat sempena sesi prapenonton media yang berlangsung di ibu pejabat Jubin Cantik, Kajang, Selangor baru-baru ini.
Pelancaran ini menandakan detik bersejarah sempena lima tahun perkembangan syarikat dalam industri jubin. Ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai Wall Planet yang menumpukan kepada peruncitan kertas dinding (wallpaper), pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Firdaus, mula menceburi bidang perdagangan jubin menerusi nama Décor Flava pada 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Jubin Cantik, Muhammad Firdaus
Image via KooqaPerniagaan tersebut kemudiannya dijenamakan semula sebagai Jubin Cantik pada tahun 2021 dengan tumpuan penuh kepada penawaran jubin.
Kini, syarikat tersebut memiliki empat cawangan di Kajang (HQ), Shah Alam, Wangsa Maju dan Johor Bahru, manakala kewujudan Kooqa menjadi bukti peluasan kepakaran mereka ke arena perabot buatan khas (made-to-order).
Kooqa memperkenalkan tiga koleksi sulung yang boleh ditempah mengikut pesanan khusus pelanggan
Membawa slogan "Ordinary Ends Here", Kooqa menawarkan barisan perabot berjubin seramik buatan tangan berkonsepkan moden, elegan dan minimalis. Koleksi ini direka khusus bagi melengkapi hiasan dalaman kediaman, hotel, kafe, mahupun ruang komersial yang lain.
Menerusi pelancaran sulungnya, Kooqa memperkenalkan tiga koleksi perabot berjubin buatan tangan yang boleh ditempah mengikut pesanan khusus pelanggan.
Antaranya ialah The Plinth Collection yang menampilkan rekaan meja kopi (coffee table) eksklusif pada harga RM5,700, serta The Accent Collection yang membawakan meja konsol (console table) anggun pada harga RM5,700. Selain itu, Kooqa turut menawarkan The Metal Series iaitu set meja dan stool besi bercorak jubin yang ditawarkan pada harga RM3,850.

The Accent Collection atau meja konsol.
Image via Kooqa
The Plinth Collection atau meja kopi.
Image via Kooqa
The Metal Series atau set meja dan stool besi bercorak jubin.
Image via KooqaSempena promosi pelancaran, Kooqa menawarkan diskaun early bird sebanyak RM800 khusus buat 50 pelanggan pertama yang membuat tempahan.
Setiap tempahan perabot mengambil tempoh 12 hari bekerja untuk disiapkan bermula dari tarikh pengesahan pesanan.
Bagi memudahkan urusan pembelian, pelbagai kemudahan pembayaran disediakan merangkumi kad kredit/debit, perbankan atas talian, Pelan Ansuran Mudah (EPP), Pelan Pembayaran Tanpa Faedah (IPP), serta kemudahan Beli Dahulu, Bayar Kemudian (BNPL).
Untuk maklumat lanjut dan buat tempahan anda boleh sahaja layari laman web rasmi mereka di https://kooqa.co/.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


