Kami Diterbangkan Ke Sydney Untuk Sertai 'World's Largest Fun Run' Sejauh 14 KM
Inilah maksud 'Fun Run' yang sebenar!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
8 Ogos 2024 lalu, team SEISMIK telah berpeluang untuk menyertai Larian Ria Terbesar Dunia di Sydney, iaitu #City2Surf
Seramai lapan individu dari Malaysia telah diterbangkan AirAsia X untuk menyertai larian sejauh 14 kilometer itu termasuklah media, selebriti dan pempengaruh tanah air antaranya pengacara terkenal Hawa Rizwana, Hariz Hamdan dan Bella Dowana.
Perjalanan kami bermula pada jam 9.45 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 2 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada jam 5.55 pagi waktu lokal. Penerbangan mengambil masa selama 8 jam.
Meneroka Sydney dengan bergambar di Harbour Bridge dan Opera House
Kami tiba di Sydney pada hari Jumaat iaitu dua hari sebelum acara tersebut. Sepanjang dua hari itu, kami telah berpeluang untuk meneroka kota Sydney yang ketika itu nyaman dengan cuaca sejuk sekitar 12 hingga 16 darjah celcius.
Antara kawasan yang kami lawati semestinya landmark paling terkenal iaitu Harbour Bridge dan Opera House yang menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai negara.
Pada sebelah malam kami turut berpeluang untuk menaiki feri dan mengelilingi sekitar Sydney Harbour yang menawarkan pemandangan yang cantik dan menakjubkan. Jadi pun apa lagi, kami memang tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini.
Seramai hampir 90,000 individu menyertai larian dan Air Asia X merupakan rakan kongsi penerbangan acara #City2Surf
Larian kami bermula di Hyde Park pada jam 8.30 pagi dan berakhir di pantai terkenal di Sydney iaitu Bondi Beach.
Seramai hampir 90,000 peserta dari seluruh pelusuk negara telah bersedia dengan outfit larian masing-masing. Pelbagai jenis outfit diperagakan setiap peserta dan ini sesuatu yang tidak pernah kami lihat dalam mana-mana acara larian di tempat lain.
City2Surf juga sebenarnya adalah larian amal dan ini adalah salah satu acara kutipan dana yang penting untuk badan-badan amal di Australia.
Trek larian agak mencabar kerana dipenuhi dengan bukit. Bagaimanapun, apa yang menarik di sini adalah setiap 2 kilometer, akan ada persembahan yang berlainan untuk menghiburkan para peserta. Daripada pancaragam sehinggalah band performance, boleh kami katakan inilah maksud 'Fun Run' yang sebenar!
Setelah hampir dua jam berlari, akhirnya kami telah berjaya menamatkan larian dengan baik tanpa sebarang kecederaan. Sememangnya ini adalah pengalaman yang sangat berharga dan tidak mungkin dapat dirasai di tempat lain.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!