Karya Anak Muda Malaysia Tangkap Gambar KLCC Kini Dipaparkan Di Laman Apple Seluruh Dunia
Yang ini memang kena flex, powerlah!
Cover image via @amsyarnaaif (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hasil fotografi seorang pemuda Malaysia mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila gambar ikonik Menara Berkembar PETRONAS yang diambilnya baru-baru ini dipaparkan di laman web rasmi Apple
Menerusi perkongsian di Threads, pemuda berkenaan meluahkan rasa syukur dan teruja selepas mendapati hasil karyanya ditampilkan dalam bahagian Newsroom Apple.
Lebih membanggakan, beliau memaklumkan gambar tersebut turut dipaparkan di laman Apple untuk pengguna di seluruh dunia, termasuk Apple Newsroom di Amerika Syarikat.
"My photos are featured on the Apple Website worldwide including the US newsroom!" katanya.


Menurutnya, pencapaian berkenaan menjadi antara kejayaan yang bermakna baginya pada tahun 2026, selain dianggap sebagai hadiah istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69
Beliau turut menzahirkan rasa bangga apabila gambar yang menampilkan Menara Berkembar PETRONAS, antara mercu tanda paling terkenal di Malaysia, mendapat penghargaan di peringkat global.
"KLCC mendunia!" tulisnya dalam perkongsian tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepada Apple.
Perkongsian itu turut disertakan dengan gambar hasil karyanya yang memaparkan keindahan Menara Berkembar PETRONAS dari sudut fotografi yang menarik.

Pencapaian berkenaan bukan sahaja menjadi satu pengiktirafan terhadap hasil kreativitinya, malah secara tidak langsung mengetengahkan ikon seni bina Malaysia kepada khalayak antarabangsa.
Dia turut mengakhiri perkongsian dengan ucapan syukur, menyifatkan pencapaian tersebut sebagai satu lagi kenangan bermakna untuk tahun 2026.
"Another achievement for 2026. Thank You Apple!" tulisnya lagi.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


