KDN Dedah 130,307 Penagih Dadah Direkodkan Dalam Negara Setakat Jun Lepas
Difahamkan, golongan 15 hingga 39 tahun menjadi kumpulan paling ramai terlibat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
130,307 penagih dadah telah direkodkan di Malaysia setakat Jun lepas menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menerusi laporan Bernama, Saifuddin berkata Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan trend penggunaan dan penyalahgunaan dadah yang membimbangkan kerana melebihi nisbah nasional, iaitu 381 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
"Dalam 100,000 populasi, Terengganu mencatatkan 735 orang, Kelantan (694 orang), Kedah (669 orang) dan Perlis (646 orang), semuanya mengatasi nisbah nasional," katanya.
Beliau memaklumkan golongan 15 hingga 39 tahun menjadi kumpulan paling ramai terlibat manakala dari segi tahap pendidikan majoritinya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah, berdasarkan profil penagih.
"Kalau kita kait dengan pekerjaan, angka paling tinggi adalah tidak bekerja diikuti bekerja sendiri dan ketiga bekerja swasta," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Image via Saifuddin Nasution IsmailDadah jenis amphetamine-type stimulant (ATS) menjadi paling banyak digunakan penagih
Penggunaan dadah yang juga dikenali sebagai dadah sintetik ini didapati meliputi 84 peratus berbanding dadah lain.
"Data ini bukan sekadar angka, ia menghantar isyarat tersendiri. Sebab itu saya anjurkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) supaya program yang dirancang dan polisi yang dibuat harus berasaskan data," katanya.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka untuk mempergiat program kempen, kerjasama dan kolaborasi termasuk dengan kerajaan negeri dalam usaha menangani masalah itu.
"Usaha menangani masalah dadah memerlukan kemahuan politik yang kuat dan kerjasama daripada semua pihak kerana isu tersebut bukan sekadar masalah individu, sebaliknya sudah menjadi masalah negara," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via