Kejadian Tanah Runtuh Berdekatan Gunung Kinabalu, Air Sungai Mesilau Bertukar Jadi Lumpur
Keruh habis air.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu kejadian tanah runtuh di kaki Gunung Kinabalu di Mesilau, Kundasang dipercayai berlaku pagi tadi
Menurut Harian Metro, kejadian itu menyebabkan aliran air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau menjadi berlumpur.
Bencana ini hampir sama seperti kejadian banjir lumpur selepas gempa bumi berskala 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada Jun 2015.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima maklumat daripada rakaman video yang tular di media sosial.
"Pemantauan segera dijalankan berhampiran runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.
"Pemantauan turut dilakukan bersama dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!