Kenapa Bumi Palestin Perlu Dipertahankan Oleh Umat Islam? Ini Sebab Yang Anda Kena Tahu
Ia adalah tanggungjawab kita bersama.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui tentang isu yang berlaku sekarang antara Palestin dan Israel
Walaupun dua pihak ini telah mempunyai konflik sejak dulu lagi, namun ia tetap tidak dapat diselesaikan kerana sebab daripada pihak-pihak tertentu.
Anda juga pasti ada dengar dalam seminggu dua ini berita mengenai Gaza sekali lagi diserang oleh Zionis. Malah apa yang lebih teruk, mereka bahkan menceroboh dan menyasarkan tempat suci umat islam iaitu Masjid Al-Aqsa.
Sudah tentu perkara ini telah menaikkan marah bukan saja umat Islam di Palestin, tetapi umat Islam di seluruh dunia. Jadi, kita sebagai umat Islam sebenarnya bukan saja perlu mempertahankan tempat suci tersebut tetapi juga bumi Palestin. Mengapa?
Berikut adalah beberapa sebab kami kongsikan daripada seorang pengguna Twitternya:
1. Masjid pertama sebagai kiblat umat Islam
Tahukah anda Masjid Al-Aqsa merupakan masjid yang menjadi kiblat utama bagi umat Islam untuk melaksanakan solat.
Sabda Rasululllah SAW:
"Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini?" Baginda menjawab "Masjid al-Haram". Selepas itu masjid apa pula? Baginda menjawab "Masjid Al-Aqsa". [HR Bukhari dan Muslim].
2. Tanah para Anbia
Antara para Anbia yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi.
3. Pusat keamanan sejagat
Difahamkan, ia merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
Sabda Rasulullah SAW:
"Ia adalah bumi Mahsyar dan kebangkitan." [HR Imam Ahmad dan Ibn Majah].
4. Orang yang tinggal di sana dikira sebagai orang yang berjihad
Sesiapa yang tinggal di sana, Allah ibaratkan mereka sedang berjihad. Selain itu, tempat tersebut juga dikenali sebagai bumi pertahanan jihad.
Rasulullah SAW bersabda:
"Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah." [HR at-Tabrani dan Al-Haitami].
5. Hak orang Islam sehingga hari kiamat
Bumi Palestin merupakan pusat untuk kumpulan orang yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala.” Para sahabat bertanya, “Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.” [HR At Tabrani].
6. Tanah yang diberkati Allah
Bumi Palestin ternyata adalah tanah yang diberkati dan menjadi saksi terhadap usaha Nabi dan Rasul utusan Allah menyampaikan akidah tauhid kepada manusia sejak zaman berzaman.
Firman Allah SWT:
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-Israk: 1].
7. Ibu negara umat Islam pada akhir zaman
Palestin ialah bumi yang akan didirikan sebagai ibu negara umat Islam pada akhir zaman dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman.
Rasulullah SAW bersabda:
“Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak).