seismik

Kerajaan Umum 'Cuti Rahmah' 4 Hari Bermula Jumaat Hingga Isnin Ini Sempena Hari Raya

Hari kelepasan am tambahan itu diberi berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Cover image via Pejabat Perdana Menteri/Xianhua & Bernama

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan bersetuju memberikan satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk Hari Raya Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman

Menurut Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat ini, hari kelepasan am terbabit ditetapkan pada Isnin depan.

"Bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu ini, maka kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan.

"Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh terbabit mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan terus komited memastikan kebajikan rakyat di bawah Malaysia MADANI sentiasa terbela dalam segenap aspek.

"Diharap dengan pelbagai ikhtiar dan program khas yang dilaksanakan, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dapat memberi seribu makna buat seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: