Kes Melibatkan Dadah Di Kelantan Menurun 13 Peratus Berbanding Tahun Lepas
Jumlah tangkapan juga merekodkan penurunan iaitu sebanyak 10 peratus.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan penguatkuasaan mengekang pengedaran dan penyeludupan dadah di Kelantan disifatkan berkesan selepas kes narkotik menurun 13 peratus berbanding tahun lalu
Menerusi laporan Berita Harian, kes melibatkan dadah di negeri itu menurun sebanyak 13 peratus kepada 12,051 kes sejak Januari sehingga Jun tahun ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata jumlah tangkapan juga merekodkan penurunan 10 peratus iaitu 13,182 tangkapan berbanding 14,640 tangkapan bagi tempoh yang sama tahun lalu.
"Namun, dari segi nilai rampasan dadah, kita mencatatkan peningkatan sebanyak 17 peratus dengan jumlah rampasan mencecah RM15.6 juta berbanding RM13.3 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.
"Kejayaan ini membuktikan bahawa tindakan penguatkuasaan yang dijalankan semakin berkesan dalam mengekang aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah," katanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat (tengah).
Image via NSTP/Nik Abdullah Nik OmarJenayah indeks Kelantan turut dilihat menurun
Menurut Mohd Yusoff, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding tahun lalu, jenayah indeks Kelantan turut menurun daripada 964 kes kepada 891 kes, iaitu pengurangan sebanyak 73 kes.
"Pencapaian ini membuktikan bahawa strategi, komitmen dan tindakan berterusan yang dilaksanakan berada di landasan yang tepat.
"Secara pecahan, jenayah kekerasan turut menurun daripada 246 kes kepada 202 kes, iaitu penurunan sebanyak 44 kes, manakala jenayah harta benda mencatatkan penurunan daripada 718 kes kepada 689 kes.
"Penurunan ini bukanlah alasan untuk kita berasa selesa, sebaliknya menjadi pemangkin untuk kita terus mempertingkatkan usaha kerana apa yang kita perjuangkan bukan sekadar penurunan angka, tetapi keselamatan, kesejahteraan dan keyakinan masyarakat terhadap PDRM," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


