seismik

"Kini Tinggal 4% Lagi Sebelum Rentas Negeri Dibenarkan" - Menteri Kesihatan

Kadar populasi dewasa yang lengkap divaksinasi kini mencapai 86 peratus.

Cover image via Harian Metro (YouTube) & Kosmo!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berita gembira untuk rakyat Malaysia, khususnya buat individu yang ingin pulang ke kampung halaman dan berjumpa keluarga tercinta

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

Aktiviti rentas negeri dijangka akan dibenarkan semula tidak lama lagi, selepas kadar vaksinasi kepada populasi dewasa negara kini semakin menghampiri 90 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter rasminya hari ini menyatakan sehingga semalam, kadar populasi dewasa yang lengkap divaksinasi kini mencapai 86 peratus.

"Dengan lebih banyak pergerakan, akan berlakunya lebih banyak perhimpunan. Kita perlu mengambil tanggung jawab terhadap tindakan kita. Jika anda menunjukkan simptom, dapatkan kit ujian dan uji diri. Jika positif, asingkan diri secepatnya," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus daripada populasi dewasa di negara ini menerima vaksinasi lengkap, berdasarkan kepada data dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM).

Tinggal 3.2 peratus untuk capai 90 peratus vaksinasi populasi dewasa

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal KKM COVIDNOW hari ini, setakat 11.59 malam tadi, seramai 20,317,843 individu atau 86.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Setakat semalam juga, sebanyak 94.2 peratus atau 22,059,329 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 71,779 atau 2.3 peratus daripada mereka melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 237,245 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 103,021 dos pertama dan 134,224 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 43,933,988 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: