seismik

"Ada Gaya Tony Stark" - Bila 'Abah' KJ Hiasi Cover Majalah Tempatan Ini, Ramai Terpaku!

Memang definisi sebenar 'tall, dark and handsome'.

Cover image via Unreserved Magazine

Ramai perempuan tertarik pada lelaki yang tall, dark & handsome

Memang betul setiap perempuan mempunyai cita rasanya yang tersendiri tentang paras rupa ataupun fizikal seseorang itu. Ada sesetengah wanita yang gemarkan lelaki berkulit cerah ala-ala artis Korea. Namun begitu, kajian mendapati 75% perempuan di Malaysia menyukai lelaki yang berkulit gelap.

Image via Haute Look

Lelaki yang mempunyai kulit gelap dikatakan mempunyai aura kelelakian yang tinggi. Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan lelaki yang mempunyai kulit gelap kelihatan seperti lelaki sejati di mata perempuan. 

Bukan itu sahaja, lelaki yang berkulit gelap juga dikatakan lebih aktif dalam bersukan selain gemarkan aktiviti di luar rumah atau outdoor. Mereka ini dilihat lasak dan gemar melakukan aktiviti ekstrem. Siapa yang tidak suka lelaki yang lasak, betul tak?

Image via Stadium Astro

Salah seorang yang sering kali mendapat jolokan 'tall, dark, and handsome' ini sudah tentu bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin.

Baru-baru ini, ahli Parlimen Rembau itu telah diangkat menjadi penghias muka depan sebuah majalah tempatan, Unreserved

Sering kali disapa 'abah' dan 'daddy', YB Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan gelaran KJ telah menghiasi majalah tersebut untuk edisi September 2019.

Dalam majalah berkenaan, KJ turut berkongsikan beberapa pandangan tentang kerajaan pentadbir sekarang serta harapannya buat negara dan anak bangsa di masa hadapan.

Image via ohmymedia.cc

Terkenal dengan perwatakannya yang mesra, cool, dan selamba, KJ telah tampil dengan gaya lebih eksklusif dan penuh maskulin. Ternyata, ahli politik berusia 43 tahun itu kelihatan persis model antarabangsa.

Tak percaya? Lihat sendiri di bawah!

Hasil tatapan di internet mendapati rata-rata warganet memuji ketampanan KJ yang tidak ubah seperti seorang pelakon filem dari luar negara.

Antara komen menarik daripada warganet:

Huishhh, kacaknya KJ! Terpaku terus.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: