seismik

Sering Mengalami Masalah Kulit Kering, Gatal-Gatal & Kemerahan? Ini Solusi Untuk Anda!

Try dulu, confirm akan jatuh hati.

Cover image via OHBULAN! & @ dr.empties (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Koolit.

Nak pilih produk penjagaan kulit sekarang bukan main susah lagi kan?

Ingatkan bila lagi banyak pilihan produk di pasaran lebih mudahlah kita nak buat pilihan. Tapi sebaliknya saya jadi keliru pula produk mana yang betul-betul berkesan dengan kulit sensitif saya yang mudah gatal dan kemerah-merahan.

Kulit saya jenis yang sangat sensitif, mudah sangat naik kemerah-merahan kalau terdedah pada habuk, panas ataupun tersalah gunakan produk terutama sekali produk dengan based krim sebab kulit saya cepat berminyak. Kadang-kadang kulit jadi terlalu gatal dan saya tak boleh tidur atau berhenti menggaru sampai ada yang mula bertanya kenapa dengan kulit saya. Malu itu memang ada tapi tak tahu nak buat macam mana dah.

Disebabkan saya ada kawan-kawan dengan keadaan kulit yang lebih kurang sama, saya selalu bertanyakan produk apa yang berkesan untuk mereka. Paling penting, saya mahukan produk natural dan mereka mencadangkan produk Koolit. Jadi, saya pun buatlah sedikit carian di internet, rupa-rupanya produk ini memang banyak feedback baik dan pernah viral di media sosial.

Orang kata benda baik kena kongsi sebab tu saya tulis perkongsian saya dekat sini mana tahu dapat membantu anda yang ada masalah sama macam saya.

Ini masalah yang dihadapi teman-teman saya:

Kulit kering dan mengelupas

Image via OHBULAN!

Teman saya Syazana mengalami masalah kulit kering yang sangat serius, kadang-kadang sampai mengelupas dan pedih. Dia gunakan produk Koolit Calming Cream setiap hari dan mula rasakan perubahan seperti tiada lagi kulit mengelupas yang teruk.

Namun, kata Syazana produk Koolit lebih berkesan pada kulit bayinya, seingat saya ayatnya lebih kurang bergini “Kulit baby I selalu kemerah-merahan, bila I gunakan Koolit Soothing Lotion kulit dia dah mula jadi lebih lembap dan tak ada lagi masalah gatal-gatal, seronok betul tak payah menggaru lagi, baby I dah boleh tidur dengan nyenyak sekarang”.

Kulit gatal-gatal

Image via OHBULAN!

Janine pula mula-mula tak berapa yakin nak cuba Koolit sebab dia kata kebanyakkan produk yang dia pernah cuba semuanya tak membantu pun hilangkan gatal-gatal pada kulitnya yang memang ada alahan teruk jika tersentuh dengan bulu haiwan. Tapi sebab dia nak tahu, dia beli dan cuba juga gunakan Koolit Cooling Moisturizer di sekitar kawasan peha yang gatal dan surprise! Gatal-gatal tu hilang dalam masa beberapa minit je.

“Kulit terasa lega dengan cepat! Sekarang bila ada masalah alahan yang menyebabkan gatal-gatal atau digigit nyamuk sekalipun saya akan cepat-cepat sapukan Koolit Cooling Moisturizer”

Kulit Kemerahan

Image via OHBULAN!

Satu lagi teman saya memilih Koolit Calming Cream sebagai tambahan kepada krim steroid untuk mengubati eczema yang dihadapi anaknya. Katanya, krim steroid membuatkan kulit si kecil menjadi kering jadi dia memilih untuk campurkan dengan Koolit Calming Cream, mujur ia berkesan untuk mengembalikan kelembapan pada kulit bayinya.

Kata Shu, dia suka Calming Cream sebab ia menyerap ke kulit dengan baik dan membantu mengurangkan masalah kulit anaknya. Berbeza dengan produk lain yang pernah dia gunakan, ada kalanya membuatkan kulit si kecil jadi lebih gatal sebab produk tersebut tidak menyerap ke kulit dan buatkan kulit menjadi bertambah gatal dalam keadaan cuaca panas.

“Setiap hari memang wajib sapukan Calming Cream, kadang-kadang lebih dua kali sehari I guna krim ni pada kulit baby sebab memang berkesan! Masa mula-mula gunakan dulu, kesannya dapat dilihat dalam masa seminggu je. Kadang-kadang memang ada ruam yang naik juga, tapi tidaklah seteruk dulu. Semuanya lebih terkawal dengan penggunaan Calming Cream”.

Jom lihat hasil penggunaan saya sendiri:

Kulit saya mudah jadi gatal-gatal dan naik bintik merah. Lagi banyak saya garu, lagi banyak pula bintik merah yang naik. Paling teruk sekali di bahagian leher, tangan dan muka. Tambah stress setiap kali menggaru gatal-gatal tu akan jadi lagi teruk.

Sebabkan saya dah dengar sendiri review Koolit saya terus beli satu Koolit Calming Cream and Cooling Body Moisturiser untuk badan.

Sekarang saya dah faham kenapa kebanyakkan reviews dan teman-teman saya memuji produk ni. Koolit Calming Cream tak ada wangian yang mengandungi kimia. Creamnya sedikit pekat tapi tak membuatkan kulit melekit sebab ia memang menyerap dengan pantas, tak perlu risau kalau nak guna walaupun musim panas. Memang membantu masalah kulit kering, mengelupas, kemerahan, gatal-gatal serta sensitif. SUKA!

Image via OHBULAN!

Bagi saya, penyelamat sebenar saya adalah Cooling Body Moisturiser! Ia memang berkesan untuk menghilangkan masalah gatal-gatal kulit saya dalam satu minggu saja! Tak ada dah rasa nak menggaru bila saya gunakan pelembap ni. Macam mana pun, ia taklah bertindak macam magik dengan hilangkan bintik kemerah-merahan secara drastik.

Namun, kelegaan segara yang menghilangkan rasa gatal tu memang saya paling loveee! Selepas lebih kurang seminggu menggunakan kedua-dua produk saya dapat lihat keadaan kulit saya kini bertambah baik. Keseluruhan kawasan kulit yang menjadi merah dan parut akibat menggaru dah jadi lebih lembut dan lembap hasil dari penggunaan produk yang konsisten.

Image via OHBULAN!
Image via OHBULAN!

Untuk muka pula, lepas nampak kesan yang baik, saya cuba pula Koolit Facial Cleanser bersama Koolit Calming Cream untuk wajah dengan harapan bolehlah merawat parut yang tinggal. Dalam masa beberapa hari je, kulit mula terasa lebih lembut dan lembap.

Tekstur pencuci muka ni sangat ringan dan senang dibilas. Pelembap wajahnya pula melengkapi keperluan kulit dengan secukupnya. Bukan tu je, parut saya pun dah beransur hilang tak perlulah pergi jumpa doktor pakar kulit. YEAY!

Image via OHBULAN!

Anda juga hadapi masalah yang sama? Cuba sendiri dan rasakan perbezaannya!

Untuk anda yang mengalami masalah kulit kering, gatal dan sensitif saya sarankan untuk cuba sendiri produk Koolit. Lagi pula ia merupakan produk buatan tempatan yang mengandungi bahan natural dan selamat untuk digunakan.

Bukan apa saya faham memang susah nak cari produk yang berkesan dengan kulit sensitif, jadi bila dah ada ni kena lah share dengan anda semua!

Kalau nak beli, beli rangkaian pencuci dan pelembap sekali okay? Tapi kalau anda masih ragu-ragu dan hanya nak beli satu produk untuk cuba dulu jangan fikir panjang terus je beli pelembap Koolit! Ia bertindak untuk membaiki kulit yang rosak dan mengekalkan kesihatan kulit. Contoh yang paling ketara macam perbezaan kulit rakan-rakan saya di atas.

Image via OHBULAN!

Koolit boleh didapati di Watsons berdekatan!

Kalau anda berminat nak dapatkan produk Koolit, anda boleh ke mana-mana cawangan Watsons, Multicare atau Constant berhampiran. Anda juga boleh lakukan pembelian melalui Shopee di SINI atau melalui laman web rasmi Koolit di SINI.

Selamat mencuba! Harapnya kita semua akan dapat kulit yang lebih sihat! Sama-sama kita jaga kita okay :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: