Kuala Lumpur Dibanjiri Warga Asing Ketika Cuti Perayaan Cetus Kegusaran Orang Ramai
Full house.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum mengetahui, di Malaysia kita mempunyai pelbagai kaum dan etnik yang menjadikan negara kita unik
Namun, saban hari kemasukan warga asing untuk bekerja di Malaysia semakin meningkat. Hal ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej Malaysia.
Bagaimanapun kedatangan mereka ke negara ini kebanyakkannya adalah untuk mengisi ruang sektor kerja 3D iaitu “Dirty, Difficult and Dangerous” yang kurang dipelopori rakyat tempatan.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan reaksi seorang lelaki selepas melihat kota raya dibanjiri penuh warga asing.
Penuh warga asing keluar ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi keadaan semasa dia dan keluarga mahu keluar berjalan-jalan di Kuala Lumpur.
Apa yang lebih mengejutkannya adalah dia melihat ramai warga asing di sekitar ibu kota keluar berjalan.
Malah, mereka berada di merata-rata tempat di sekitar Kuala Lumpur. Ia termasuk di hadapan menara ikonik KLCC.
"Kita orang perempuan nak keluar rasa tak selamat dan tak selesa. Makin ramai pula" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pendapat mereka mengenai isu itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 415.2K views, 2.6K repost dan 4.3K likes di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!