Kubu Mat Kilau Berpotensi Jadi Tapak Warisan, Mungkin Tarikan Baharu Peminat Sejarah

Sebelum ini, keadaan Kubu Mat Kilau dilaporkan semakin terbiar sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tapak Kubu Mat Kilau di Padang Jerangau, Kampung Pasir Raja, Dungun berpotensi diwartakan sebagai tapak warisan sekali gus dibangunkan sebagai destinasi pelancongan berasaskan sejarah negara

Menurut laporan BERNAMA, Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Timur, Nor Fairus Nizam berkata, lokasi bersejarah itu kini telah disenaraikan dalam inventori jabatan berkenaan bagi menjalani proses penilaian dan kajian menyeluruh sebelum dipertimbangkan untuk diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Beliau berkata, kubu tersebut mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana dipercayai menjadi lokasi persembunyian pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau, selain menjadi tempat berkumpul para pejuang ketika menentang penjajah British.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Tambahnya, tapak itu mempunyai potensi besar untuk menarik kehadiran pelancong tempatan dan luar negara, khususnya mereka yang meminati sejarah perjuangan tanah air

Selain itu, pembinaan Jalan Kampung Pasir Raja di Hulu Dungun yang menghubungkan sempadan Terengganu dijangka memudahkan akses ke kawasan berkenaan apabila siap kelak, sekali gus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan setempat

"Proses pewartaan juga perlu mendapatkan keizinan daripada pihak berkuasa negeri serta mengambil kira pelbagai aspek teknikal dan dokumentasi termasuk semakan status hak milik tanah dan perkara berkaitan," katanya.

Sebelum ini, keadaan Kubu Mat Kilau dilaporkan semakin terbiar sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk bahawa warisan bersejarah itu akan terus rosak jika tiada usaha pemuliharaan dilakukan.

Sekiranya usaha pewartaan berjaya dilaksanakan, Kubu Mat Kilau bukan sahaja dapat dipelihara untuk generasi akan datang, malah berpotensi muncul sebagai antara destinasi pelancongan sejarah utama yang mengangkat kisah perjuangan tokoh pahlawan Melayu tersebut.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Mat Kilau, atau nama sebenarnya Muhammad Khatib Rasu Abd, adalah tokoh sejarah dan pahlawan Pahang yang menentang penjajah British.

Beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 pada usia 104 tahun, beliau disifatkan sebagai individu berpengetahuan luas dalam agama dan pernah belajar daripada tokoh serta ulama tersohor.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: