seismik

Lagu 'Di Hari Yang Mulia' Dari Senario Ni Buat Peminat Terubat Rindu & Tak Sabar Nak Raya!

Legend is back!

Cover image via Instagram @senariounion

Kebanyakan 90s kids pasti ingat kumpulan pelawak Senario

Suatu ketika dahulu, kumpulan pelawak terkenal Senario pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air.

Kumpulan Senario cukup terkenal pada era 90-an yang pada asalnya dianggotai oleh Wahid, Lan Pet-Pet, Illya, Hamdan dan Azlee mula dikenali ramai selepas menyertai pertandingan pencarian bakat, Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995.

Saban tahun kumpulan ini kemudiannya dianggotai Saiful Apek dan Yassin yang mana mereka cukup terkenal menerusi sketsa komedi, nyanyian, hinggalah ke pentas perfileman.

Beberapa filem pernah diterbitkan menampilkan kumpulan ini sebagai watak utama. Antaranya termasuklah Senario The MovieSenario LagiLagi Lagi SenarioSenario XX dan banyak lagi.

Image via Hangat

Walaupun sudah lama kumpulan ini tidak beraksi baik di kaca TV mahupun di layar perak, namun kebanyakan filem lakonan mereka masih lagi ditayangkan dan ditonton ramai.

Baru-baru ini dan bersempena dengan hari lebaran yang bakal tiba, Senario dengan nama Senariounion telah mengeluarkan lagu raya berjudul Di Hari Yang Mulia

Menerusi muzik video lagu ini kelihatan pada mulanya hanya empat orang ahli sahaja yang menyanyi iaitu Illya, Yassin, Saiful Apek dan Hamdan. Namun pada akhir video, muncul pula dua lagi orang ahli kumpulan Senario iaitu Azlee dan Wahid.

Boleh lihat muzik video penuh Di Hari Yang Mulia di bawah:

Lagu tersebut ternyata mampu menambah semangat untuk menyambut hari raya meskipun terpaksa beraya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ekoran penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia termasuk tanah air.

Bukan itu sahaja, lagu raya dari Senariounion ini juga berjaya mengubati rindu peminat-peminat kumpulan pelawak tersebut

Meninjau di ruangan komen di laman YouTube, ramai yang meluahkan rasa teruja dan gembira mendengarkan lagu berkenaan kerana berjaya mengimbau kenangan kanak-kanak masing-masing.

Antara komen menarik dari warganet:

Wah, tak dapat dinafikan Senario memang kumpulan legend!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Betul ke akan ada filem terbaru dari Senario?

You may be interested in: