Larian 170KM Berbaloi, Syed Saddiq Berjaya Kumpul Lebih RM650,000, Semua Disalur Kepada Rakyat Muar
Hebat betul sokongan daripada netizen.
Cover image via Syed Saddiq Syed Abdul RahmanFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas menamatkan cabaran Larian Kesyukuran sejauh kira-kira 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan satu berita yang cukup menggembirakan
Menurut laporan Harian Metro, jumlah kutipan dana yang berjaya dikumpulkan menerusi misi tersebut akhirnya mencecah RM650,959.21, jauh melepasi sasaran asal sebanyak RM200,000.
Menurut Syed Saddiq, setiap sen yang diterima bukan untuk dirinya, sebaliknya akan disalurkan 100 peratus bagi membantu penduduk di kawasan Parlimen Muar.
"Saya tidak akan ambil walau satu sen pun daripada kutipan ini. Kesemuanya milik rakyat Muar," katanya.

Daripada sasaran RM200,000 kini lebih tiga kali ganda
Difahamkan pada awalnya, misi larian itu disasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM200,000 dalam tempoh empat hari bagi membiayai pelbagai inisiatif kebajikan.
Namun sambutan luar biasa daripada orang ramai menyaksikan sasaran tersebut berjaya dipecahkan lebih awal, sebelum jumlah keseluruhan akhirnya meningkat kepada lebih RM650,000.
Dana itu bakal digunakan untuk pelbagai program kebajikan termasuk bantuan makanan (foodbank), penyediaan iPad kepada pelajar yang memerlukan serta pelbagai lagi bantuan kepada masyarakat di Muar.

Sepanjang larian berlangsung, Syed Saddiq turut menerima sokongan daripada ribuan rakyat yang menunggu di sepanjang laluan untuk memberi semangat.
Malah, ada yang menghulurkan sumbangan secara tunai termasuk serendah 50 sen, sesuatu yang menurut beliau amat bermakna kerana ia datang daripada keikhlasan rakyat.
Ramai puji tindakan salur semula kepada rakyat
Pengumuman bahawa keseluruhan kutipan akan disalurkan kembali kepada penduduk Muar turut menerima pelbagai reaksi positif di media sosial.
Ramai menyifatkan usaha tersebut sebagai satu contoh bagaimana platform serta sokongan orang ramai dimanfaatkan untuk membantu komuniti setempat, selain melihat misi larian itu bukan sekadar cabaran fizikal, tetapi turut memberi impak nyata kepada mereka yang memerlukan.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


