seismik

Lebih 24K Retweets, Gadis Ini Share Barang Best & Berguna Yang Korang Wajib Beli Di Daiso

Serius banyak barang yang function 'teruk'!

Cover image via Twitter @nazurah_ar

Siapa sahaja yang tak tahu dan menggemari kedai serbaneka Daiso

Image via Aeon Retail

Dimiliki oleh syarikat dari Jepun, kedai serbaneka Daiso sentiasa menjadi pilihan ramai termasuklah dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri kerana ia menjual pelbagai barangan seperti perkakas rumah, barangan peribadi, alat permainan dan banyak lagi pada harga yang murah dan berbaloi.

Masuk sahaja ke dalam kedai serbaneka ini, rata-rata pengunjung pastinya akan berasa teruja apabila melihat setiap barangan yang dijual di sini kerana kebanyakan daripadanya adalah unik dan comel-comel belaka.

Malah, kedai ini juga sering menjadi pilihan kerana harga yang dipaparkan adalah tetap bagi setiap satu barang.

Tapi bila masuk sahaja di kedai ini, pasti ada yang masih terfikir-fikir barang apa yang mahu dibeli bukan? Kalau ikut hati dan nafsu, mesti macam-macam yang nak dibelinya.

Image via Aeon Retail

Jadi bagi meringankan beban 'otak' anda dari berfikir terlalu banyak, apa kata anda ikuti sahaja thread yang telah disediakan oleh seorang gadis ini tentang apa yang anda boleh beli jika pergi ke Daiso.

Sejak ia dimuatnaik, perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter bernama nazurah_ar ini telah mendapat lebih daripada 24 ribu retweets dan hampir 40 ribu tanda suka.

Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

Nak beli apa di Daiso? Ini jawapannya!

Sabar! Belum habis lagi. Jom tengok lebih banyak barang menarik dan function habis di bawah ini:

Semoga perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda semua bila pergi shopping ke Daiso nanti!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lebih banyak artikel di sini: